FAM Tak Sengaja Dedahkan Dion Cools Kekal Beraksi Di Eropah?

Dion Cools kekal di Eropah 2022

Belum ada pengumuman rasmi sama ada daripada kelab mahupun Dion Cools bahawa beliau akan kekal beraksi di Eropah, tetapi ia telah terdedah.

Sama ada ia tidak disengajakan ataupun memang pemain tersebut sudah dimaklumkan akan pendedahan tersebut, tidaklah diketahui secara tepat.

Ini kerana, setakat beberapa jam senarai pemain ke kem skuad kebangsaan diumumkan, masih belum ada penjelasan daripada mana-mana pihak.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 25 pemain untuk kem latihan pusat untuk persediaan bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa pada kejohanan jemputan 48th King’s Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand pada 22 dan 25 September 2022.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dilihat mengekalkan 17 pemain yang telah membawa Malaysia kembali ke Piala Asia selepas 42 tahun gagal melayakkan diri secara merit dalam pusingan kelayakan tempohari.

Pemain yang dimaksudkan ialah Shahrul Saad, Corbin Ong, Nazmi Faiz, Arif Aiman, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Mohamadou Sumareh, Matt Davies, Syafiq Ahmad (JDT), Nor Azam Azih (Sri Pahang), Faisal Halim (Terengganu), Ahmad Syihan Hazmi, Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan), V. Ruventhiran, Darren Lok (PJ City), Dominic Tan (Sabah) dan Dion Cools.

Selain itu, beberapa pemain lain termasuk pemain muda telah berjaya memikat Kim sepanjang saingan liga turut tersenarai seperti Rahadiazli Rahalim, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal Mahadi, Sharul Nazeem Zulpakar, Zhafri Yahya dan Declan Lambert.

Paling mencuri tumpuan ramai adalah dengan kembalinya Brendan Gan.

Namun, ada yang lebih mencuri tumpuan selain kembalinya Gan ke dalam barisan pemain skuad kebangsaan. Dion Cools yang tidak diketahui masa depannya di Eropah tiba-tiba sudah memiliki kelab baharu selepas disahkan meninggalkan kelab Denmark, FC Midtjylland, baru-baru ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia kesilapan oleh pihak FAM yang telah mendedahkannya sebelum ada kenyataan rasmi mengenai kedudukan pemain tersebut sehingga kini. Menurut senarai dikeluarkan oleh FAM, Cools dilihat beraksi bersama kelab di Liga Republik Czech, FK Jablonec.

Dan kelab tersebut,  FK Jablonec menerusi ciapan terbaru mereka di laman Twitter seakan-akan memberi petanda Cools akan menyertai mereka.

Walaupun ada yang mungkin mengaitkan beliau bakal ke Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tidak terikat dengan mana-mana pasukan, namun akhirnya beliau memilih untuk kekal beraksi di Eropah dan ia dilihat sebagai satu langkah yang tepat. Beliau masih relevan untuk terus kekal di sana.

Jika benar pendedahan tidak sengaja oleh FAM ini, diucapkan selamat maju jaya buat Dion Cools dan semoga meraih minit permainan yang diburu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN