FK Jablonec Secara Rasmi Umumkan Penyertaan Dion Cools

FK Jablonec Dion Cools 2022

Tanpa menunggu lebih lama, kelab yang bersaing di Liga Republik Czech, FK Jablonec akhirnya mengumumkan ketibaan Dion Cools, sebentar tadi.

Sebelum ini tersebar pasukan Cools yang telah ditulis oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam senarai pemain ke kem Harimau Malaya.

Sama ada ia tidak disengajakan ataupun memang pemain tersebut sudah dimaklumkan akan pendedahan tersebut, tidaklah diketahui secara tepat.

FAM mengeluarkan senarai tersebut pada lewat petang dan mengejutkan penyokong dengan terdedahnya pasukan diwakili pemain tersebut iaitu FK Jablonec. Sebelum itu, tiada lagi maklumat mengenai masa depannya.

FAM Tak Sengaja Dedahkan Dion Cools Kekal Beraksi Di Eropah?

Sebelum ini, Cools disahkan telah meninggalkan kelab di Denmark, FC Midtjylland selepas mencapai persetujuan bersama tentang kontraknya.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah beberapa kali insiden berlaku antara kedua-dua pihak sebelum perkara tersebut diumumkan oleh kelab yang bersaing di liga tertinggi di Denmark itu – Danish Superliga.

Pertama, Cools tidak berada dalam senarai skuad pra-musim kelab tersebut walaupun sudah pulang daripada tempoh pinjaman selama enam bulan bersama Zulte Waregem. Kedua, namanya turut digugurkan daripada skuad yang bakal beraksi di saingan UEFA Europa League (Europa) edisi kali ini.

Ini memberi petanda yang Cools sudah tiada dalam perancangan pasukan.

Namun, dengan pengumuman kelab tersebut sekitar jam 9.15 malam – selepas hampir dua jam pengumuman FAM, ia sekaligus mengesahkan penyertaannya dan mengakhiri khabar angin yang mengatakan pemain kacukan Malaysia-Belgium itu bakal berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dalam temu ramah pertamanya bersama pasukan, beliau menyatakan minit permainan adalah fokus utamanya ketika memilih untuk berhijrah keluar.

FK Jablonec sedang bersaing di liga utama Republik Czech dan berada di kedudukan ke-13 daripada 16 pasukan selepas melalui lapan perlawanan.

Mereka merekodkan satu kemenangan, seri empat kali dan kalah tiga kali dan berada di kedudukan yang agak buruk berbanding musim sebelum ini.

Dalam saingan Czech First League sebelum ini, mereka kerap berada di kalangan lima terbaik dalam empat musim berturut-turut sejak 2017/18.

Selain itu, mereka juga konsisten beraksi di pusingan kelayakan UEFA Europa League dan pernah layak ke peringkat kumpulan pada 2018/19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN