Juan Torres Garrido Bawa Perubahan Taktikal Baharu Buat Skuad B-23?

Pengendali skuad bawah 23 (B-23) negara, Juan Torres Garrido dilaporkan bakal membawa perubahan baharu buat pasukan tersebut daripada segi percaturan taktikal menjelang saingan Piala Asia B-23 2024.

Terdahulu, Garrido dilantik selaku pengendali utama skuad kebangsaan B-23 selepas E. Elavarasan sah melepaskan jawatan tersebut beberapa bulan lalu.

Kehadiran Garrido pastinya sangat ditagih kerana pengalaman beliau sebelum ini dianggap sangat penting selepas pernah mengendalikan beberapa pasukan di Eropah.

Tampil bersama Shukor Adan selaku pembantu jurulatih, sentuhan Garrido bakal diuji pada saingan Piala Asia B-23 yang akan bermula hanya beberapa bulan sahaja lagi.

Menurut Umar Hakeem selaku pertahanan muda B-23, beliau mengakui setiap pemain selepas ini perlu tampil lebih fokus dan bersedia untuk menyerap rencana taktikal diterapkan pengendali tersebut.

Kata Umar lagi, para pemain dipanggil untuk menyertai kem kebangsaan kini lebih bersemangat untuk mengharungi kejohanan besar itu yang bakal bermula pada April tahun hadapan.

“Alhamdulillah, bagi saya persiapan berjalan dengan cukup lancar dengan latihan sangat berintensiti tinggi yang mana kita dapat lihat selepas seminggu pemain cukup bersemangat untuk beraksi di kempen Piala Asia kelak.

“Semua pemain adalah kelebihan masing-masing dan akan memberikan komitmen tinggi dalam setiap latihan skuad B-23,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, pertahanan kental Johor Darul Ta’zim II (JDT II) itu mengakui para pemain kini tidak menghadapi sebarang isu keserasian walaupun ia membabitkan muka baharu seperti Richard Chin.

Richard menjadi antara rekrut terbaharu pasukan kebangsaan B-23 dan pemain yang sebelum itu beraksi di England kini sudah pun mengikuti sesi latihan bersama rakan sepasukan lain.

Richard menjadi pemain muda kedua yang status semasa kini beraksi di luar negara selain Luqman Hakim Shamsudin untuk menyertai kem latihan pusat skuad B-23.

“Kita banyak bantu antara satu sama lain berbanding saya bantu dia (Richard). Dia juga seorang yang tiada masalah untuk bergaul dengan kami.

“Perkara penting adalah membentuk keserasian dalam pasukan bagi memudahkan beraksi pada perlawanan akan datang,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN