Dion Cools Jadi Kelibat Penting Untuk Harimau Malaya Berdepan Taiwan

Pertahanan kental negara, Dion Cools antara pemain yang bakal menjadi tumpuan utama untuk aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 Kumpulan D, dengan pertemuan seterusnya berdepan Taiwan.

Untuk aksi kali ini, Malaysia bakal berkunjung ke gelanggang pelawat iaitu Stadium Municipal selepas gah merekodkan kemenangan sulung sebelum itu di laman sendiri.

Terdahulu, Malaysia berjaya mencipta kemenangan penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), selepas Harimau Malaya menundukkan cabaran Republik Kyrgyz menerusi keputusan penuh 4-3.

Pada perlawanan tersebut, skuad kendalian berjaya mencipta kebangkitan yang sangat sensasi untuk bangkit daripada ketinggalan menerusi tiga jaringan berturut-turut sebelum wisel permainan ditamatkan.

Malah, corak permainan ditampilkan oleh Harimau Malaya juga sangat menyakinkan khususnya di separuh masa kedus untuk memberi isyarat mereka kini lebih bersedia di pentas antarabangsa.

Berbanding Taiwan, pasukan tersebut masih lagi segar dengan kekalahan 0-3 sebelum itu di tangan Oman serta hadir dengan corak permainan tidak konsisten khususnya di posisi serangan.

Bagi perlawanan malam ini, Dion Cools dianggap menjadi tumpuan penting buat pasukan negara kerana beliau masih segar dengan dua jaringan peribadi pada aksi lalu untuk membantu Malaysia membenam cabaran Republik Kyrgyz.

Cools yang menjadi sandaran utama Kim di posisi pertahanan negara dianggap tampil dengan begitu cemerlang pada perlawanan lalu untuk menyerap segala asakan cuba dibuat pasukan lawan.

Selain berkelebihan untuk merebut bola di udara, Cools juga memiliki keupayaan tinggi untuk membaca gerakan lawan dan bertindak pantas untuk menghentikannya lebih awal.

Apa lebih mengujakan, pemain Buriram United itu juga memiliki naluri pemusnah yang cukup baik di hadapan gawang lawan dan sudah dibuktikan sejak beberapa perlawanan lalu.

Malah, Cools juga merupakan pemain yang sangat pakar untuk menyudahkan setiap peluang terhidang di hadapan pintu gol dan dua jaringan beliau pada aksi lalu sudah membuktikan segalanya.

Apapun, dijangka Cools tidak mempunyai sebarang masalah pada perlawanan malam ini untuk dibawa turun dalam kesebelasan utama berdepan Taiwan oleh Kim.

Selain Cools, pemain seperti Arif Aiman, Faisal Halim, dan Matthew Davies juga dijangka bakal memainkan peranan penting untuk membawa Malaysia terus gemilang malam ini di pentas antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN