Faisal Halim: “Saya Tak Nak Pasukan Kita Seri Atau Kalah Di Taiwan”

Pemain serangan Harimau Malaya, Faisal Halim menjadi antara paling bersemangat kini untuk mengharungi aksi seterusnya membabitkan pasukan kebangsaan dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 peringkat Kumpulan D.

Malaysia bakal mengharungi perlawanan kedua mereka selepas ini dengan perhitungan seterusnya berdepan Taiwan selepas cemerlang meraih kemenangab sulung.

Terdahulu, Malaysia berjaya mencipta kemenangan dramatik 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), dengan Republik Kyrgyz menjadi mangsa sulung mereka untuk aksi kelayakan tersebut.

Faisal boleh dianggap sebagai wira negara pada perlawanan tersebut, selepas jaringan beliau pada minit akhir permainan menjulang skuad kebangsaan untuk meraih kemenangan di laman sendiri.

Untuk aksi seterusnya, skuad kebangsaan bakal bertolak ke Taiwan untuk bertemu pasukan negara tersebut bagi perlawanan kedua serta misi mendapatkan mata penting.

Jelas Faisal, beliau mahu memastikan tiga mata seterusnya dapat diraih mereka walaupun bakal beraksi di gelanggang lawan pada Selasa ini.

Tambah pemain Selangor itu lagi, momentum kemenangan semasa pasukan negara kini perlu diteruskan supaya hasrata mereka untuk melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia mampu dicapai.

“Walaupun kita menang malam ini (dua hari lalu ke atas Kyrgyzstan), saya tak nak pasukan kita seri atau kalah di Taiwan.

“Tak bermakna kalau kita menang malam ini tapi yang penting kita perlu konsisten dan perbaiki apa yang penting,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro mengenai pandangan pemain tersebut untuk aksi selanjutnya.

Rekod semasa Faisal Halim kini bersama pasukan negara boleh dianggap sangat membanggakan selepas beliau sudah pun meledak 14 gol selepas kali pertama dipanggil menyertai kem kebangsaan pada tahun 2019.

Bawah kendalian Kim Pan-gon, prestasi Faisal dilihat semakin memuncak dan nama beliau tidak asing lagi selaku penjaring gol dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Pada masa sama, Faisal juga mengakui masih ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki pasukan kebangsaan sebelum mereka berhadapan cabaran Taiwan.

“Pasukan Malaysia sekarang di ‘level’ lebih baik, kita tak boleh bangga sekarang. Kita masih ada baki perlawanan banyak lagi. Buat masa ini, semuanya dalam keadaan baik, kita perlu perbaiki apa kekurangan kita,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN