Terengganu Intai Peluang Perbaiki Kedudukan Liga Super 2023

Terengganu kini dilihat sedia untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam carta Liga Super 2023 ke arah lebih baik sebelum saingan tersebut bakal menutup tirai tidak lama lagi.

Ketika ini, Terengganu menghuni kedudukan keenam selepas mengumpul 36 mata daripada 23 perlawanan dilalui dan meraih 10 kemenangan daripadanya.

Pada awal musim, Terengganu boleh dikatakan sedikit perlahan dan tidak konsisten daripada segi prestasi sehingga timbul beberapa kritikan dalam kalangan penyokong pasukan.

Ini kerana pasukan tersebut ketika itu masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri dengan kejurulatihan baharu mereka iaitu Tomislav Steinbruckner selepas beberapa musim bersama Nafuzi Zain.

Hasilnya kini, Terengganu mula tampil dengan lebih konsisten sehingga melayakkan diri ke pentas akhir Piala Malaysia 2023 untuk bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Di pentas AFC, Sang Penyu ketika ini juga tampil serba menyakinkan selepas masih lagi tidak merekodkan sebarang kekalahan daripada empat perlawanan dilalui.

Apapun, fokus tetap ingin diberikan pasukan tersebut untuk aksi Liga Super dengan mereka cuba untuk mendapatkan keputusan terbaik bagi baki tiga perlawanan akan datang.

Jelas Steinbruckner, beliau melihat Terengganu mampu untuk menamatkan saingan liga di tangga kelima jika mereka merekodkan keputusan positif pada baki tiga perlawanan akan datang.

Walaupun begitu, pengendali dari Croatia itu melihat ianya tetap sukar untuk mereka kerana Sabah berkelebihan enam mata di hadapan Terengganu untuk cuba dipintas oleh mereka.

“Bila bercakap mengenai sasaran untuk baki tiga perlawanan lagi, sudah pasti kami mahu merekod kemenangan bagi menamatkan kedudukan lebih baik dalam saingan liga berbanding terkini di tangga keenam.

“Bagaimanapun ia bukan laluan yang mudah kerana lawan dalam baki tiga perlawanan itu juga sudah pasti masing-masing mempunyai impian sama untuk melakar kemenangan.

“Namun saya ingatkan kepada pemain agar mencuba sehabis baik bagi memastikan impian itu dapat dicapai,” kata Steinbruckner menerusi laporan dikeluarkan Harian Metro.

Pada pandangan anda, adakah Terengganu menoktahkan cabaran liga musim ini di tangga kelima atau sekadar berpuas hati dengan kedudukan terkini di tempat keenam?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN