Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho merasakan dirinya tidak diberikan masa yang mencukupi untuk merealisasikan perancangannya ketika beliau bergelar pengendali Manchester United, beberapa tahun lalu.
Mourinho dilantik sebagai pengurus Manchester United pada 27 Mei 2016 di mana pada ketika itu beliau berjaya membantu The Red Devils muncul juara Liga Europa dan Piala Liga 2016/17.
Jodohnya bersama juara 13 kali Liga Perdana Inggeris itu berakhir pada 18 Disember 2018 yang mana hanya dua hari sahaja lagi untuk genap dua tahun beliau disingkirkan susulan prestasi hambar United dalam saingan liga.
Sekiranya dengan beberapa kelab seperti Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid beliau dapat memberikan kejayaan dengan pantas, Mourinho mengakui menyediakan perancangan jangka panjang buat United tetapi ia digagalkan dengan pemecatan tersebut.
”Beberapa tempoh dalam karier saya, dengan profil kelab yang saya kendalikan, kami tidak memerlukan masa yang lama untuk mencapai kejayaan.”
”Kami melakukannya di Porto, Inter, Real [Madrid], Chelsea sebanyak dua kali, kami berjaya melakukan tanpa memerlukan masa yang begitu lama dan juga keinginan saya untuk mencuba cabaran yang berbeza dan keinginan gila saya untuk berkelana ke banyak negara dan mencuba untuk menjadi juara.”
”Mencuba untuk mendapatkan pengalaman yang berbeza di banyak negara yang berbeza, itu menjadi sempurna kerana ia berkaitan dengan kemenangan dan perpisahan. Dan kita mencuba perkara lain pula.”
”Kelab pertama yang saya rasakan saya memerlukan masa dan ianya tidak diberikan kepada saya sewaktu bersama Manchester United, kerana saya rasa saya meninggalkan pasukan pada pertengahan proses [projek] tersebut.”
”Tetapi, saya telah belajar dengan sangat awal untuk menghormati keputusan, di mana saya melakukannya di United,” ujar Mourinho menurut laporan Goal.
Kredit featured image: Glyn Kirk/ Pool via Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Jose Mourinho:
Cemerlang Bersama Spurs, Adakah United Menyesal Buang Mourinho?
Jose Mourinho: Tahniah Buat Arteta Kerana Berikan Kami Perlawanan Yang Sukar