Jose Mourinho: Tahniah Buat Arteta Kerana Berikan Kami Perlawanan Yang Sukar

Mikel Arteta Arsenal

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengakui tiga mata penuh yang diraih anak buahnya ketika bertemu Arsenal di Tottenham Hotspur Stadium pada awal pagi tadi bukanlah satu kemenangan mudah.

Sebaliknya, pengendali kelahiran Portugal tersebut juga mengucapkan tahniah buat Mikel Arteta kerana skuad bimbingannya memberikan kesukaran buat Tottenham pada perlawanan yang turut bergelar Derbi London Utara itu.

Tottenham Hotspur berjaya menjaringkan dua gol, masing-masing menerusi Son Heung-min dan Harry Kane pada separuh masa pertama meskipun Arsenal dilihat lebih mendominasi sebahagian penuh perlawanan.

Sehubungan dengan itu, Mourinho merasakan saingan sengit diberikan telah diberikan oleh skuad bimbingan Mikel Arteta itu.

”Ia merupakan satu perlawanan besar dalam segala hal, tidak hanya kerana ia merupakan pertembungan antara Tottenham dan Arsenal.”

”Saya ingin memberikan kata-kata, tahniah buat Mikel Arteta kerana dia memberikan kami satu perlawanan yang cukup sukar,” ujar Mourinho menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Secara taktikalnya mereka sangat bagus, sangat tersusun. Mereka memberikan masalah kepada kami. Masalah yang mana kami berjaya atasinya.”

”Mereka juga mempunyai keberanian dalam aspek taktikal yang baik dan mempunyai semangat luar biasa. Mereka [Arsenal] sebuah pasukan yang baik dan dia merupakan jurulatih yang baik.”

”Kami dapat membaca pemainan dan membuat perubahan untuk menang kerana memiliki kelebihan 2-0 menentang sebuah pasukan yang kuat dan lawan yang sukar tetapi anak buah saya melakukan dengan baik pada hari ini.”

”Saya sangat gembira dengan keputusan dan corak persembahan ditampilkan, tetapi sudah tentu saya mahu pasukan ini bermain dengan cara berbeza pada separuh masa kedua.”

”Realitinya anda tidak sentiasa dapat melakukan apa yang anda mahukan kerana lawan memaksa anda ke arah yang berbeza,” tambah Mourinho lagi.

Kredit featured image: Glyn Kirk – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jose Mourinho:

Cemerlang Bersama Spurs, Adakah United Menyesal Buang Mourinho?

‘Bale Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ – Mourinho Mahu Penyokong Spurs Berhenti Berharap

Jose Mourinho Sedar Kesilapan Sendiri, Mahu Dirinya Dipersalahkan

 

Leave a Reply