EPL 2020/21: Liverpool Tidak Berdepan Masalah ‘Kerjakan’ Wolves

Liverpool

Liverpool tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan ketujuh dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 apabila mencatatkan kemenangan mudah 4-0 ke atas Wolverhampton Wanderers pada aksi yang berlangsung di Anfield, sebentar tadi.

Kemenangan selesa yang diraih menyaksikan The Reds terikat 24 mata bersama Tottenham Hotspur tetapi wakil dari London itu menghuni tangga teratas kerana memiliki kelebihan perbezaan jaringan [lima gol] berbanding Liverpool manakala Wolves pula berada di tangga ke-10 selepas mengumpul 17 mata.

Bintang utama Liverpool, Mohamed Salah berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-24 apabila beliau menggunakan kesempatan berikutan kealpaan ketua pasukan Wolves, Conor Coady yang gagal mengawal bola dengan baik dalam kawasan penalti.

Keadaan itu membolehkan Salah untuk mendapatkan kembali penguasaan bola lalu melakukan percubaan yang sekali gus menewaskan penjaga gol, Rui Patricio.

Liverpool yang mendominasi sebahagian besar aksi terus memberikan tekanan buat Wolves dan usaha mereka untuk menambah jaringan kedua membuahkan hasil pada minit ke-58 menerusi pemain tengah, Georginio Wijnaldum.

Mendapat hantaran daripada Jordan Henderson di kawasan tengah padang, Wijnaldum menggunakan peluang tersebut dengan melakukan percubaan melencong yang tidak mampu dihalang Patricio bagi melebarkan kedudukan.

Berselang sembilan minit kemudian, giliran Joel Matip pula meletakkan nama selaku penjaring selepas beliau yang tidak dikawal pertahanan Wolves, dengan mudah menanduk masuk bola hasil hantaran dilakukan Salah.

Tidak cukup dengan tiga jaringan tersebut, Liverpool menambah gol keempat pada minit ke-78 apabila hantaran lintang yang cukup menarik dilakukan pemain gantian, Trent Alexander-Arnold terus mencari Sadio Mane di hadapan gol.

Cubaan Nelson Semedo untuk menghalang Mane daripada menyambar hantaran tersebut bagaimanapun bertukar menjadi mimpi buruknya buatnya apabila pemain pertahanan kelahiran Portugal itu tertampan bola ke gawangnya dan hanya mampu dipandang sahaja Patricio.

Selain daripada meneruskan rekod tanpa kalah di laman sendiri [saingan EPL], ‘clean sheets’ Caoimhin Kelleher pada penampilan sulungnya dalam aksi EPL juga menjadi antara cerita menarik pada perlawanan ini.

Kredit featured image: Clive Brunskill/Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN