Adakah Havertz Bakal Menjadi ‘Besi Karat’ Seterusnya Di Chelsea?

Kai Havertz Chelsea

Tiba di Chelsea dengan reputasi yang cukup besar, Kai Havertz dijangka bakal menjadi salah seorang bintang muda yang menyinar di Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

Pemain tengah berusia 21 tahun itu telah memecahkan beberapa rekod bersama bekas pasukannya, Bayer Leverkuson di liga Jerman. Malangnya pada hari ini, beliau bergelut untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baharunya.

Dengan tag harga setinggi £62 juta, Havertz hanya menyerlah ketika di awal musim di mana beliau telah meledak empat gol termasuk merekodkan hatrik ketika menentang Barnsley dan selepas itu prestasinya dilihat mula menurun.

Luka bertambah parah apabila dalam dua kekalahan berturut-turut kepada Everton dan Wolverhampton, beliau telah diturunkan dalam kesebelasan utama dan gagal mempamerkan aksi yang diharapkan.

Apabila beliau tidak berfungsi dengan baik apabila diletakkan di bahagian serangan ketika perlawanan berdepan Everton, Frank Lampard telah mengubah peranan ke bahagian tengah semasa menentang Wolves.

Namun apa yang berlaku, beliau tetap gagal bermain dengan baik di mana statistik menunjukkan beliau langsung tidak melakukan sebarang pintasan, hadangan mahupun bentesan terhadap pemain lawan sehinggalah digantikan pada minit ke-72.

Ia jelas menunjukkan Havertz telah ‘hilang punca’ dan gagal untuk memainkan peranan yang sepatutnya di atas padang.

Ada yang berpendapat persaingan antara pemain telah menyebabkan pemain tersebut kehilangan tahap keyakinannya di mana ketika di Bayer Leverkuson beliau dianggap sebagai ‘hero’ atau tonggak utama pasukan.

https://twitter.com/CFCYAKK/status/1338399033170288640?s=20

Tetapi di Chelsea, di sana adanya deretan nama-nama besar pemain bintang dan jelas terdapatnya tekanan yang besar apabila beraksi di saingan liga paling popular di dunia itu sendiri.

Kini penyokong The Blues telah mula meragui kemampuan Havertz untuk menjadi salah seorang pemain penting untuk pasukan berkenaan dan bersedia menerima hakikat bahawa tidak semua pemain bintang akan berjaya di kelab tersebut.

Dalam sejarah kelab tersebut, telah banyak pemain dengan nama besar gagal untuk menyerlah seperti Andriy Shevchenko, Arjen Robben, Adrian Mutu, Mateja Kezman, Fernando Torres, Mohamed Salah, Alvaro Morata dan beberapa pemain lagi.

Kualiti yang dimiliki oleh Havertz tidak perlu dipertikai lagi kerana beliau telah pun membuktikannya dengan merekodkan 46 gol dan 31 bantuan jaringan dalam 150 perlawanan sepanjang empat tahun bersama Leverkuson.

Maka Frank Lampard berdepan dengan tugasan berat untuk mencungkil semula kemampuan sebenar pemain muda Jerman itu agar dapat membantu Chelsea kembali ke landasan kemenangan dan sekaligus memenangi kejuaraan yang disasarkan pada musim ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Kai Havertz dan Chelsea:

Kai Havertz: Budak Kampung Berbakat Besar Jelmaan Michael Ballack

Mula Pamer Kualiti, Kai Havertz Mahu Terus Ledakkan Jaringan

Jadual UCL Dan Ujian Bertembung, Kai Havertz Terpaksa Lupakan Bola Dahulu

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN