Tak Mahu Bahayakan Keluarga, Jerry Bengtson Pakai Pelitup Muka Ketika Beraksi

Pelitup Muka

Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa pelitup muka sememangnya merupakan keperluan asas buat hampir semua penduduk dunia pada masa kini susulan wabak COVID-19 yang melanda.

Penggunaan pelitup muka sangat penting sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan risiko penularan wabak berbahaya itu sekiranya seseorang berada di luar rumah atau mengunjungi mana-mana kawasan tumpuan ramai.

Melihat perkara ini daripada perspektif bola sepak, penggunaan alat pelindungan tersebut kebiasaannya dipakai oleh barisan kejurulatihan dan pemain simpanan ketika satu-satu perlawanan sedang berlangsung.

Tetapi lain pula kisahnya bagi Jerry Bengston yang merupakan penyerang pasukan liga utama Honduras, C.D Olimpia apabila beliau begitu selesa memakai pelitup muka ketika beraksi di atas padang.

Bengston dilihat memakai pelitup muka ketika perlawanan Olimpia bertemu wakil Kanada, Montreal Impact pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara CONCACAF yang berlangsung di Exploria Stadium, Amerika Syarikat.

Keadaan itu juga membuatkan pengurus Olimpia, Pedro hairan melihat Bengston yang tidak kekok untuk memakai pelitup muka ketika beraksi.

”Sungguh aneh kerana dia merupakan satu-satunya pemain dalam pasukan dan kejohanan ini yang bermain dengan menggunakan pelitup muka.”

”Tetapi itu tidak langsung menggangunya. Malah, dia juga tetap berjaya menjaringkan gol.”

Meskipun tunduk 0-1 pada perlawanan tersebut, Olimpia masih berjaya melangkah ke separuh akhir susulan kemenangan 2-1 [salah satu jaringan dihasilkan oleh Bengston] pada perlawanan pertama membolehkan mereka layak dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Menurut sumber Goal Indonesia, pemain berusia 33 tahun itu bertindak sedemikian kerana mahu melindungi ahli keluarganya di rumah daripada diancam penularan wabak yang amat ditakuti pada ketika ini.

Beliau dikatakan memakai pelitup muka ketika beraksi sebaik sahaja saingan Liga Honduras kembali bersambung pada September lalu.

Kredit featured image: Alex Menendez/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak semasa:

Jurgen Klopp: Kehadiran Mourinho Ubah Nasib Tottenham

Martin Keown: Willian Kelihatan Seperti Sedang Bercuti Di Arsenal

MFL Pinda Perlembagaan, Presiden Boleh Dipilih Bukan Dalam Kalangan Ahli Lembaga Pengarah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN