Jorge Mendes Tawarkan Ronaldo Kepada Inter & AC Milan Tapi Ditolak

Cristiano Ronaldo

Pencarian kelab baharu buat Cristiano Ronaldo masih lagi berjalan walaupun pemain itu sedang ‘menderita’ bersama-sama Manchester United.

Selepas dikaitkan dengan Real Madrid, Bayern Munich dan juga Chelsea, kini muncul dua kelab baharu yang mungkin menjadi destinasi seterusnya buat beliau.

Sebelum ini, Bayern dan Chelsea adalah dua destinasi pilihan Ronaldo untuk berpindah namun kedua-dua kelab itu tidak cuba mendapatkan beliau.

Malah, Real juga turut dikaitkan namun begitu presiden mereka iaitu Florentino Perez tidak mahu mengambil Ronaldo kerana pemain itu terlalu tua.

‘Dah Tua Sangat’ – Florentino Perez Tak Mahu Ambil Semula Ronaldo

Kini, ejen Ronaldo iaitu Jorge Mendes cuba untuk menawarkan pemain itu kepada dua kelab utama Itali iaitu Inter Milan dan AC Milan.

Tawaran yang dilakukan terhadap dua kelab utama Itali itu tidak lain adalah untuk memastikan Ronaldo dapat keluar daripada United serta menikmati aksi UEFA Champions League musim ini.

Menurut laporan dari Itali, Mendes sebenarnya telah cuba untuk menawarkan Ronaldo kepada Inter dan Milan namun begitu usaha tersebut gagal.

Hal ini kerana, kedua-dua kelab itu tidak berasakan Ronaldo adalah pemain yang sesuai untuk projek mereka dalam misi berkembang sebagai kelab.

Barang kali dengan kehadiran Ronaldo ianya akan membuatkan perancangan taktikal kedua-dua pasukan akan terganggu.

Selain itu, gaji beliau yang amat tinggi membuatkan kedua-dua pasukan tidak mahu mengambil Ronaldo.

Dengan potensi gaji setinggi €24 juta setahun amatlah tinggi dan tidak mampu untuk ditampun oleh Inter dan Milan hanya untuk seorang pemain.

Situasi menyakitkan menyaksikan lebih banyak kelab menarik diri daripada mendapatkan Ronaldo menunjukkan pemain itu kini ‘tidak laku’ walaupun merupakan bintang handalan.

Penulis berasakan yang Ronaldo tiada pilihan lain melainkan kekal sahaja di United kerana itulah situasi yang paling realisitik untuknya.

Melainkan pemain itu sanggup mengambil potongan gaji yang drastik, kita mungkin dapat saksikan beliau berpindah ke kelab baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN