‘Dah Tua Sangat’ – Florentino Perez Tak Mahu Ambil Semula Ronaldo

Cristiano Ronaldo

Presiden Real Madrid, Florentino Perez tidak mahu mengambil semula bekas pemainnya iaitu Cristiano Ronaldo.

Ronaldo yang kini dilihat cukup mahu meninggalkan Manchester United dan ingin beraksi dengan pasukan yang bermain di UEFA Champions League, masih lagi mencuba mencari kelab baharu.

Sebelum ini, beberapa kelab dikaitkan dengan beliau dengan Bayern Munich dan Chelsea adalah dua kelab paling kerap disebut sebagai destinasi perpindahan Ronaldo.

Malah, bekas kelabnya iaitu Real turut dikaitkan dengan kepulangan semula buat Ronaldo.

Namun begitu, semuanya telah dirungkaikan sendiri oleh Perez yang beliau tidak bercadang mahu mendapatkan pemain itu semula.

Ketika menjawab persoalan daripada peminat, ada yang meminta Perez untuk mendapatkan semula Ronaldo.

Akan tetapi, atas faktor usia Perez tidak lagi berminat akan pemain itu.

“Presiden [Perez], dapat Ronaldo [semula],” tanya seorang penyokong kepada beliau.

“Cristiano? Lagi? Pada usia 38 tahun?,” jawab Perez semula.

Jawapan ringkas itu cukup mudah untuk menggambarkan tidak ada keperluan untuk Real mendapatkan Ronaldo semula untuk musim baharu.

Dengan tiada kelab yang mahu dan mampu mendapatkan Ronaldo, semakin ketaralah yang ketua pasukan Portugal itu perlu bermain bersama-sama United musim ini dan akan beraksi dalam saingan UEFA Europa League.

Ini pastinya akan mencalar ego Ronaldo kerana perlu bermain dalam kejohanan kelas kedua Eropah selepas menjadi raja dalam saingan utama Eropah untuk bertahun lamanya.

Leave a Reply