Liga Super: Habib Haroon Mahu Terengganu Waspada Dengan Taktikal Baharu Selangor

Selepas mencatat kemenangan baru-baru ini dalam saingan Liga Super 2022, Terengganu pastinya mahu mengekalkan momentum mereka dengan keputusan positif untuk mencatat sesuatu pada aksi seterusnya menentang Selangor.

Sebelum itu, mereka berjaya membenam cabaran Sarawak United dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, dan aksi menentang Selangor pastinya ingin diteruskan momentum tersebut.

Pemain import Terengganu iaitu Habib Haroon jelas mahu meneruskan rekod kemenangan mereka ke atas Selangor dalam pertemuan ketiga mereka musim ini, dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada Rabu ini.

Menurut pemain yang beraksi di posisi tengah itu, beliau kini tidak rela lagi untuk terus keciciran mata dengan mengharapkan kemenangan dapat dilakar mereka pada perlawanan seterusnya itu.

Seterusnya, pemain kelahiran Bahrain itu juga mengakui bakal memanfaatkan peluang untuk bertemu Selangor, setelah pasukan tersebut kini sudah pun tidak dikendalikan oleh Michael Feichtenbeiner yang kurang konsisten sejak awal musim ini.

Walaupun begitu, Habib enggan melihat perkara itu sebagai suatu kelebihan besar buat dirinya dan menuntut rakan sepasukan lain agar sentiasa berwaspada dengan ancaman lawan.

Habib jelas menyedari pasukan lawan pastinya ingin menuntut kembali kemenangan pada perlawanan seterusnya setelah dua kali dikecewakan Terengganu sebelum itu, terutama sekali ketika aksi separuh akhir Piala FA lalu.

“Perlawanan sebelum ini kami banyak keciciran mata, jadi perlawanan dengan Selangor FC nanti saya berazam untuk terus memberikan aksi terbaik bagi melebarkan lagi rekod kemenangan ketiga musim ini.

“Dengan ketiadaan pengendali mereka, saya dan rakan sepasukan mahu mengambil peluang itu walaupun sedar rekod kami di tempat lawan tidak begitu baik setakat ini.

“Namun pesanan saya buat diri dan rakan sepasukan, usah mengambil mudah sebaliknya perlu berwaspada dengan taktikal yang bakal direncanakan jurulatih sementara mereka, lagipun skuad itu juga kuat, jadi pasti saingan itu sengit,” katanya yang mengakui sudah jatuh hati dengan skuad Penyu itu menerusi Harian Metro.

Untuk rekod pertemuan kedua pasukan tersebut musim ini, Terengganu berjaya menewaskan Selangor pada pusingan pertama Liga Super dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Tchetche Kipre dan Faisal Halim.

Selepas itu, skuad kendalian Nafuzi Zain ini sekali lagi mengecewakan Selangor apabila menamatkan cabaran skuad tersebut di peringkat separuh akhir Piala FA menerusi penentuan penalti, setelah sebelum itu masing-masinh terikat 1-1.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN