Jake Paul Dedah Ramalan Siapa Akan Menang Jika Conte Dan Tuchel ‘Bertumbuk’

YouTuber bermasalah, Jake Paul tampil menganalisis rakaman pertengkaran antara pengurus Chelsea, Thomas Tuchel dengan pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte.

Jake Paul percaya yang Thomas Tuchel akan mampu menumbangkan Antonio Conte seandainya kedua-dua pengurus itu terlibat dengan insiden pergaduhan melibatkan fizikal.

Youtuber yang kini merupakan petarung tinju itu berkongsi video di laman media sosial miliknya untuk menjelaskan tentang pandangan beliau berkait insiden yang berlaku di Stamford Bridge.

Tuchel dan Conte dilihat hampir bertumbuk selepas tamat aksi terikat 1-1 antara Chelsea dan Tottenham Hotspur malam semalam.

Semuanya bermula ketika Pierre Emile Hojbjerg menyamakan kedudukan untuk Spurs selepas Chelsea mendahului perlawanan hasil gol yang dijaringkan oleh penandatanganan terbaru kelab, Kalidou Koulibaly.

Tuchel tidak gembira melihat Kai Havertz dikasari ketika build up gol jaringan Hojbjerg itu dengan beliau bersama Conte kemudiannya dilayangkan kad kuning kerana bergaduh.

Selepas Chelsea sekali lagi mendahului perlawanan, Tuchel kemudiannya menunjukkan sisi Jose Mourinho yang ada dalam dirinya dengan berlari meluru ke arah Conte di tepi padang.

Aksi London derby itu kemudiannya menjadi semakin dramatik selepas Harry Kane meledak gol penyamaan untuk Spurs pada minit ke-96 permainan.

Gol tersebut juga dianggap kontroversi selepas Cristian Romero didakwa menarik rambut Marc Cucurella ketika build up gol tersebut.

Tidak lama selepas wisel penamat dibunyikan, Conte dan Tuchel sekali lagi hampir bertumbuk dan menyebabkan kedua-dua mereka dilayangkan kad merah.

Thomas Tuchel dikatakan tidak mahu melepaskan tangan Conte ketika mereka bersalaman, dan kedua-dua mereka sudah benar-benar hampir untuk bergaduh.

Kedua-dua mereka terpaksa dileraikan oleh barisan kejurulatihan sebelum pengadil perlawanan, Anthony Taylor melayangkan kad merah kepada kedua-dua pengurus itu.

Aksi panas kedua-dua Tuchel dan Conte menjadi topik perbualan hangat para peminat di media sosial, dengan Jake Paul turut tidak mahu terlepas untuk membincangkan tentang hal tersebut.

Petarung tinju itu bahkan turut memberi ramalan siapa akan menang andai kedua-dua pengurus itu benar-benar bertumbuk di atas padang.

“Ketakutan itu jelas ketika kamu tidak melihat tepat ke mata lawan kamu.”

Jelas Jake Paul.

“Tuchel akan tumbangkan Conte dan saya sanggup keluarkan duit untuk menonton itu.”

Jake Paul sebelum ini pernah mendedahkan yang beliau merupakan penyokong Liverpool dan turut pernah meramalkan yang skuad kendalian Jurgen Klopp itu bakal menjuarai saingan Premier League musim lalu.

Ramalan yang beliau buat kebiasaannya salah dan kali ini beliau mencuba membuat ramalan berdasarkan sukan kegemaran beliau, tinju.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN