Jamie Carragher Namakan Pemain Yang Liverpool Perlu Tandatangani

Penyampai Sky Sports yang juga merupakan legenda Liverpool, Jamie Carragher telah mencadangkan agar The Reds berusaha untuk menandatangani Jude Bellingham pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Beliau merasakan yang Liverpool perlu setidak-tidaknya membeli seorang pemain dan pemain itu adalah bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Carragher telah ditanya di laman twitter siapakah pemain yang beliau mahu lihat Liverpool tandatangani, dengan beliau kemudiannya menjawab:

“Jude Bellingham & jendela perpindahan musim panas sudah cukup baik untuk saya.”

Bekas pemain centre-back Liverpool, Carragher sebelum ini telah memberikan pujian yang menggunung kepada Bellingham dan turut menganggapnya sebagai pemain muda terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Pemain midfield itu mula mencipta nama ketika beliau mempamerkan aksi persembahan yang cukup menakjubkan bersama Birmingham City pada musim 2019/20.

Bellingham kemudiannya dengan segera telah ditandatangani oleh Borussia Dortmund dan kini beliau merupakan pemain yang sedang diburu oleh banyak kelab gergasi Eropah yang lain.

Boleh dikatakan hampir kesemua pasukan gergasi dalam saingan Premier League benar-benar terdesak mahu mendapatkan khidmat pemain kebangsaan England itu.

Pemain berusia 18 tahun itu dilihat semakin baik dan prestasi beliau juga semakin meningkat sejak beraksi bersama gergasi Jerman itu.

Pada musim 2020/21, Bellingham membuat 46 penampilan bersama Borussia Dortmund dengan beliau berjaya menjaringkan empat gol dan turut mencatatkan empat assists.

Beliau konsisten mempamerkan aksi persembahan mantap dalam kedua-dua pertandingan Bundesliga dan Champions League.

Bellingham boleh dikatakan menerima pujian dari pelbagai pihak atas persembahan mantap yang beliau persembahkan ketika aksi bertemu Manchester City di peringkat suku akhir saingan Champions League musim lalu.

Beliau pada musim lalu turut berjaya menjulang Piala pertama dalam kariernya selepas membantu Borussia Dortmund menjuarai saingan DFB Pokal.

Pemain midfield itu kemudiannya menunjukkan peningkatan dari segi kualiti menyerang dengan beliau pada musim ini berjaya menjaringkan empat gol dan mencatatkan sembilan assists hanya dari 25 penampilan sahaja.

Tidak mengejutkan juga untuk melihat deretan kelab kini sedang memantau perkembangan Bellingham dengan Chelsea, Manchester United, Liverpool dan Manchester City sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Borussia Dortmund meminta yuran perpindahan yang sangat tinggi untuk melepaskan Jude Bellingham memandangkan kontraknya masih aktif sehingga 2025 nanti.

Liverpool perlu tambah baik di posisi serangan dan midfield

Liverpool sejak beberapa musim kebelakangan ini lebih banyak melepaskan pemain berbanding membawa masuk pemain baru.

Mereka pada ketika ini memiliki beberapa pemain yang dirasakan tidak cukup berkualiti untuk terus beraksi bersama skuad utama, dan berpotensi untuk dilepaskan oleh kelab.

Pemain seperti Alex Oxlade-Chamberlain dan Takumi Minamino merupakan pemain yang bagus dan berkualiti, namun mereka sepertinya agak sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama.

Naby Keita yang sering diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan juga turut dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini.

Di posisi serangan, Liverpool masih belum menemui backup terbaik untuk menggantikan Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Divock Origi tidak dinafikan sering menjaringkan gol penting untuk Liverpool, namun beliau juga dilaporkan berpotensi untuk meninggalkan kelab, kerana mahu mendapatkan minit permainan yang mencukupi.

Dengan mendapatkan pemain midfield seperti Jude Bellingham untuk digandingkan bersama Henderson dan Fabinho, ia jelas akan banyak membantu jentera serangan skuad.

Liverpool jelas sekali sememangnya patut berusaha untuk mendapatkan pemain berusia 18 tahun itu bersama setidak-tidaknya seorang lagi pemain di posisi serangan pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN