“Jersi Je Macam Real Madrid” – Keane Label Arsenal Kelab Amatur Selepas Tewas Kepada Nottingham Forest

Bekas kapten Manchester United dan kini merupakan salah seorang pundit bola sepak yang lantang mempertikaikan apa sahaja yang boleh dipertikaikan, Roy Keane tidak terlepas daripada berbuat demikian terhadap Arsenal selepas pasukan itu disingkirkan kelab Divisyen 1, Nottingham Forest.

“Arsenal hanya berpakaian seperti Real Madrid, tetapi bermain seperti sebuah kelab amatur. Kepantasan hantaran dan terjahan semuanya tidak kena,” ujar Keane kepada ITV.

Dalam perlawanan FA Cup menentang Nottingham di tempat lawan, Arsenal memperagakan jersi khas berwarna putih sebagai tanda sokongan kepada kempen ‘No More Red’ yang menentang keganasan terhadap remaja.

Harus diakui jersi itu tampak segak diperagakan barisan pemain The Gunners. Malang sekali ia disertakan dengan prestasi hambar yang mengundang kritikan Roy Keane.

Arteta minta maaf

Pengurus Arsenal Mikel Arteta meminta maaf untuk prestasi yang ditampilkan anak buahnya sehingga tersingkir daripada pertandingan FA Cup seawal pusingan ketiga.

Nottingham berjaya menyingkirkan Arsenal buat kali kedua di dalam pertandingan Piala FA di dalam tempoh empat musim ini kebelakangan ini.

“Kami tidak cukup bagus dan kami harus memohon maaf untuk itu,” kata Arteta.

“Kami perlukan lebih keinginan untuk menang di dalam setiap perlawanan. Kami tidak beraksi di tahap sepatutnya.

“Saya sangat kecewa dengan prestasi ditampilkan. Bukan dengan sikap yang ditampilkan tetapi seberapa banyak keinginan dan kesungguhan yang ditunjukkan untuk mengubah perlawanan. Sudahlah ia sememangnya sukar menentang lawan dan cara mereka bermain.

“Saya berpengalaman bermain dalam perlawanan begini selama 18 tahun dan saya tahu betapa sukarnya apabila datang ke sini. Ia tidak menghairankan untuk berhadapan tahap kesukaran begini.

“Tetapi apabila kita berhadapan lawan sebegini, kita perlu hadapinya dengan cara berbeza.

“Ia amat mengecewakan. Pertandingan ini begitu rapat dengan sejarah kelab dan [kekalahan] ini amat memberi kesan.”

Gol kemenangan Grabban

Arsenal harus menyalahkan diri sendiri kerana terhumban daripada pertandingan ini. Eddie Nketiah membuatkan ramai penyokong Arsenal hilang sabar apabila rembatannya dari jarak dekat melambung tinggi.

Pada minit ke-83 gawang Arsenal dibocori kerana bahagian pertahanan yang gagal memberikan tumpuan.

Bermula dari serangan balas pantas, Lewis Grabban berjaya menolak masuk hantaran silang rakan sepasukan untuk gol tunggal perlawanan.

Sejak 26 musim lalu, Arsenal hanya pernah tersingkir sebanyak dua kali di pusingan ketiga FA Cup, dan kedua-dua perlawanan menentang lawan yang sama.

Empat tahun yang lalu, Nottingham menyingkirkan Arsenal di peringkat yang sama dengan kemenangan 4-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN