MPFL 2022: Gandingan ‘Adik’ & ‘Abang’ Pacu Perjuangan Skuad Futsal Pulau Pinang

gandingan adik abang futsal pulau pinang mpfl 2022

Saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 dijangka akan membuka tirai pada 14 Januari depan dengan Pulau Pinang dilihat mempertaruhkan gandingan adik dan abang untuk mengendalikan pasukan.

Rata-rata pengikut tegar sukan bola sepak dan futsal di Pulau Pinang tentunya mengenali dua individu ini iaitu Hasrinizam Hashim dan Hasnizal Hashim yang pernah mewakili Pulau Pinang untuk saingan Piala Emas Raja-Raja (PERR) di penghujung era 90-an sebelum beralih ke sukan futsal. Kali ini mereka bergandingan semula.

Hasrinizam memang sudah dilantik sebagai jurulatih Pulau Pinang sejak edisi 2020, namun saingan MPFL pula akhirnya dibatalkan akibat pandemik Covid-19. Selepas dua tahun, MPFL akan kembali dan kali ini beliau akan dibantu abangnya, Hasnizal Hashim. Mereka berdua pernah bergandingan dalam skuad PERR Pulau Pinang.

Antara kejuaraan yang pernah mereka raih bersama adalah Piala Agong 1999 dan Piala Emas Raja-Raja edisi 2002. Gandingan penyerang dua beradik adalah gelaran yang diberikan kepada mereka jika digandingkan. Kali ini mereka akan berganding bahu untuk memacu skuad futsal Pulau Pinang dalam saingan MPFL 2022.

Menurut portal ArenaFutsal.my, Pulau Pinang akan dibarisi rata-rata hampir 70 peratus muka baharu dan mengekalkan beberapa pemain lama antaranya kapten, Haziq Yusoff, Syafiq Rashid dan Hanis Izzudin. Antara muka baharu adalah Fadzil Karnim, Syahman Idris, Iqhmal Najmi yang pernah bersama mereka sebelum ini.

Malah Pulau Pinang juga turut berjaya menandatangani bekas kapten Perak, Faizul Azuan dan beliau datang bersamanya ke pasukan ini dengan Wan Norhisyam serta Firdaus Zulkefli. Jika diamati barisan pemain skuad Pulau Mutiara ini, jelas mereka memiliki kekuatan dari segi pengalaman dalam arena tertinggi futsal negara.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM mengesahkan hanya 15 pasukan akan mengambil bahagian untuk MPFL 2022 selepas dua pasukan telah menarik diri iaitu pasukan Sabah dan Melaka yang menarik diri dan difahamkan berikutan ketiadaan dana pada saat-saat akhir.

MPFL kali ini akan berlangsung mengikut sirkit yang mana sirkit pertama dan kedua akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara, Panasonic, Shah Alam. Baki tujuh sirkit lagi masih belum ditetapkan lokasinya.

Adakah gandingan adik dan abang skuad PERR Pulau Pinang ini akan menggemilangkan skuad futsal pula?

Berikut merupakan tarikh terkini saingan MPFL 2022:

Sirkit 1-3
14 sehingga 30 Januari 2022

Sirkit 4-6
11 sehingga 27 Februari 2022

Sirkit 7-9
11 sehingga 27 Mac 2022

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN