Jack Grealish Raikan Kontrak Baharu Aston Villa Dengan Ledakan Gol

jack-grealish_contract-aston-villa

Aston Villa melangkah ke pusingan seterusnya di saingan Carabao Cup hasil kebangkitan dan juga jaringan menarik kapten, Jack Grealish awal pagi tadi.

Selepas terikat 1-1 dalam tempoh masa yang agak lama, Villans akhirnya meraih kemenangan 3-1 ke atas Buton Albion di Pirelli Stadium bermula dengan jaringan Grealish di minit ke-88 diikuti oleh jaringan ketiga mereka oleh Keinan Davis.

Kontrak lima tahun

Sebelum itu, Grealish menamatkan spekulasi mengaitkan perpindahannya ke Manchester United dan Tottenham dengan menandatangani kontrak lima tahun bersama Aston Villa dengan nilai kontrak dikhabarkan £135,000 seminggu.

Aston Villa dikatakan mahu membina skuad elit bersama kapten mereka itu yang telah bersama mereka sejak beliau berusia lapan tahun. Dilaporkan gembira, Grealish berkata, “Ini kelab saya, rumah saya dan saya gembira berada di sini.”

https://twitter.com/LeFootballenVO8/status/1305968296882319362

Menurut kenyataannya lagi, “Pemilik kelab telah menunjukkan kepada saya betapa bersemangatnya mereka mahu membina skuad Aston Villa. Masa depan yang amat menyeronokkan dan saya gembira untuk menjadi sebahagian daripadanya.”

Dengan itu, Manchester United dan dikatakan juga Tottenham bolehlah menutup buku untuk membawa masuk pemain yang telah membuat penampilan bersama skuad England dalam saingan Nations League berdepan Denmark baru-baru ini.

Solskjaer tersedak, tukar ambil Van de Beek

Manchester United dilaporkan sudah cuba memancing kapten Aston Villa itu sebelum saingan musim lalu melabuhkan tirainya lagi – ketika kelab tersebut dalam persaingan untuk kekal beraksi di Premier League, namun tanda harganya agak mahal.

Kapten dan merupakan pemain paling menyerlah buat Aston Villa musim 2019/20 itu telah menyumbang lapan gol dan enam bantuan gol dalam 36 penampilannya disamping telah membantu Villans untuk kekal bersaing di Premier League.

Dikatakan bernilai £80 juta, mungkin ia berjaya membuat Ole Gunnar Solskjaer tersedak seketika sebelum akhirnya mereka mengesahkan mendapatkan tandatangan pemain tengah lain dengan nilai hampir £40 juta – Donny Van de Beek dari Ajax.

Dengan penyertaan pemain berusia 23 tahun itu ke The Red Devils, Grealish mungkin tiada pilihan lain selain untuk kekal di kelab yang telah membina kariernya sejak dari kecil itu. Mungkin itulah pilihan terbaik buatnya pada ketika ini.

Penutup

Akhirnya sudah terjawab mengenai masa depan pemain tengah yang dikatakan memiliki potensi untuk bersama kelab besar ini. Jika masih ada kelab yang berminat nanti, mereka perlu memikirkan mengenai berapa pula tanda harganya ketika ini?

Ledak golnya selepas menandatangani kontrak baharu membuktikan komitmennya dan juga beliau sangat diperlukan Villans untuk saingan musim hadapan.

KREDIT FEATURED IMAGE: AVFC

Baca lagi artikel mengenai Jack Grealish dan Aston Villa:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN