Tottenham Cuba Bawa Pulang Bale Bersama Seorang Lagi Pemain Real Madrid

Gareth Bale Tottenham Real Madrid

Tottenham Hotspur yang tewas 0-1 kepada Everton dikhabarkan cuba merealisasikan kemasukkan dua pemain daripada Real Madrid iaitu Gareth Bale dan Sergio Reguilon.

Tewas dalam aksi pembukaan Premier League 2020/21 menyaksikan pengendali, Jose Mourinho tewas buat pertama kali dalam aksi pertama liga sepanjang kariernya. Dan Tottenham nampaknya masih dalam pemburuan pemain-pemain baharu.

Perpindahan secara pinjaman

Meninggalkan Spurs pada musim 2013 untuk ke Real Madrid, Bale senantiasa dikaitkan dengan beritanya mahu kembali sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila hubungannya bersama pengendali, Zinedine Zidane dilihat kian retak.

Yang menjadi halangan ketika ini adalah gajinya yang lumayan bersama gergasi La Liga itu menyebabkan tiada kelab yang berminat untuk mendapatkannya walaupun beliau seringkali ‘dibekukan’ di bangku simpanan oleh pengendalinya itu.

Dikhabarkan Tottenham dan Mourinho dalam usaha untuk merealisasikan perjanjian tersebut dengan sedikit bantuan daripada Real Madrid mengenai isu gaji pemain tersebut. Berkemungkinan, Bale akan kembali ke Tottenham secara pinjaman.

Untuk rekod, sejak 2013, Bale sudah memenangi empat kali Champions League, dua gelaran La Liga, tiga kejuaraan Club World Cups disamping trofi lain sepanjang di sana.

Tewaskan United dan Sevilla untuk Reguilon?

Menurut wartawan tersohor, Fabrizio Romano, Tottenham pada awalnya sedang dalam perbincangan bersama Real Madrid untuk mendapatkan pertahanan kiri yang sudah sekian lama dipantau oleh pemerhati bakat mereka, Sergio Reguilon.

Melihatkan situasi Bale yang mungkin boleh dieksploitasi, Daniel Levy turut telah bertanyakan mengenai potensi untuk mendapatkan pemain sayap menyerang skuad kebangsaan Wales itu. Semua tahu bagaimana akrabnya Bale dan Spurs.

Reguilon turut menarik minat pencabar mereka di Premier League, Manchester United dan pemain berusia 23 tahun itu dilihat akan lebih berpihak kepada Tottenham dalam perebutan ini dek kerana dikatakan hubungan baik Spurs-Real Madrid.

Beliau baru sahaja menamatkan musim ini secara pinjaman ke Sevilla dan telah membantu kelab tersebut memenangi Europa League dan menamatkan saingan La Liga di kedudukan ke-4. Sevilla juga berpotensi menjadi destinasinya.

Penutup

Hubungan baik Tottenham dan Real Madrid mungkin dilihat sebagai satu jenaka, namun dalam beberapa perkara ia dilihat mungkin ada kebenarannya. Bale dan Luca Modric mungkin adalah ‘pembuka kata’ untuk hubungan tersebut.

Kini, adakah mereka akan mendapat pulangan ‘pelaburan’ lepas dengan menjual kedua-dua pemain itu kepada Real Madrid? Atau mereka akan hanya melopong melihat Bale kekal dibekukan dan Reguilon terus dipinjamkan ke Sevilla?

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Gareth Bale dan Tottenham:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN