Bekas penyerang Aston Villa, Gabriel Agbonlahor mengakui kemampuan yang dipamerkan kapten kelab tersebut, Jack Grealish telah mengingatkannya kepada Andreas Iniesta sewaktu zaman kegemilangannya bersama Barcelona.
Grealish yang sebelum ini cuba untuk dipancing Manchester United telah memeterai kontrak baharu selama lima tahun untuk terus memperkuatkan skuad bimbingan Dean Smith itu.
Perkembangan terbaharu itu nyata menggembirakan Agbonlahor dan menganggap Grealish mempunyai kualiti semulajadi cukup hebat di mana tidak dimiliki oleh bekas rakan sepasukannya yang lain.
”Saya telah beraksi bersama beberapa orang pemain hebat tetapi dari aspek kemampuan semulajadi, saya harus mengatakan [memilih] Jack Grealish.”
”Saya tahu bahawa saya akan mengecewakan beberapa orang pemain yang pernah beraksi bersama saya tetapi bagi saya, saya tidak pernah melihat pemain seperti ini [Grealish],” ujar Agbonlahor menurut laporan Goal.
”Saya bermaksud walaupun dalam sesi latihan – anda akan mempunyai pemain terpantas, pertahanan terbaik dan dia akan melepasi anda seperti anda tidak berada di sana.”
”Beberapa kali saya cuba untuk membentesnya, dalam sesi latihan ketika saya bermain sebagai pertahanan tengah untuk bergurau dengannya.”
”Saya tidak dapat untuk mendekatinya lalu berakhir dengan saya menendang dan menjatuhkannya.”
”Tetapi dia merupakan bakat semulajadi yang kami miliki. Pergerakan badannya, hanya dengan sedikit pergerakan badan, dia akan hilang. Sedikit kepantasan apabila dia berlari dengan bola dan kemudiannya dia hilang.”
”Dia telah mengingatkan saya, saya tahu bahawa ini merupakan kenyataan yang besar, tetapi Iniesta pada kemuncak prestasinya. Dia berlari melepasi anda, hanya dengan sedikit sahaja menggerakkan bahunya dan dia hilang,” tambah Agbonlahor lagi.
Kredit featured image: Neville Williams/Aston Villa FC via Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Grealish: