Hanya Tinggal 1 Cara Untuk Jadon Sancho Sertai Manchester United

Jadon Sancho Borussia Dortmund Manchester United

Kira-kira sebulan lalu, Borussia Dortmund mengesahkan yang bintang sensasi, Jadon Sancho tidak akan ke mana-mana, sekurang-kurangnya sehingga tahun 2023.

Namun, Manchester United tidak pernah menyerah kalah dalam usaha memancing pemain muda England itu untuk kembali semula ke England. Walaupun tempoh yang diberikan Borussia Dortmund telah berakhir, perbincangan masih berjalan.

Bidaan United tidak capai tanda harga

Wartawan tersohor, Fabrizio Romano mendedahkan yang hanya ada satu cara untuk Jadon Sancho melepaskan diri bagi menyertai The Red Devils musim ini. Pemain itu sememangnya sudah menyatakan minat untuk menyertai kem Ole Gunnar Solskjaer.

Solskjaer sejak beberapa bulan lalu menjadikan Jadon Sancho sebagai sasaran utamanya, namun situasi perbincangan antara kedua-dua kelab menjadi agak rumit.

The Peoples Person dalam temubual bersama Fabrizio Romano ada bertanya mengenai situasi pemain berusia 20 tahun itu, dan menurutnya, perjanjian hampir dicapai pada Julai lalu, namun bidaan akhir United tidak mencapai nilai £100 juta.

Pengarah Sukan, Michael Zorc juga ada menyatakan yang hubungan antara kelab dan penasihat pemain tersebut sangat baik. Kedua-dua pihak, pemain dan juga ejennya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Borussia Dortmund.

Jadon Sancho jumpa Board

Menurut Fabrizio Romano, satu cara untuk merealisasikan perpindahan tersebut adalah Manchester United hadir dengan tawaran bidaan terbaharu tanpa sebarang add-ons ataupun instalments. Maknanya, mereka perlu ada tunai di tangan.

Ataupun sebaliknya, Borussia Dortmund pula mengalah untuk menerima tawaran tersebut bersama-sama add-ons ataupun instalments. Ianya terpulang kepada perbincangan kedua-duanya. Yang pasti, BVB tidak akan berganjak dengan nilai itu.

Selain itu, turut dilaporkan, Jadon Sancho sudah membuat pertemuan dengan Board Borussia Dortmund mengenai isu perpindahan ini. Jika pemain itu sememangnya berminat, ini mungkin kaedah terbaik buat dirinya untuk dibenarkan pergi.

Namun, sebagaimana yang dikatakan di awal tadi, Solksjaer perlu bawa wang tunai £100 juta untuk membolehkan pemain itu meninggalkan Borussia Dortmund.

Penutup

Ia dilihat tidak realistik untuk Manchester United membayar penuh kepada kelab Bundesliga itu dan dengan tiada sebarang perbincangan seperti yang dikatakan oleh Sebastian Kehl baru-baru ini, perjanjian ini boleh dianggap sudah gagal.

Adakah Manchester United akan gagal lagi dalam percubaan kali ini. Dan adakah Ed Woodward sekali lagi akan kalah dalam pemburuan pemain untuk United?

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Jadon Sancho:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN