Liverpool Setuju Bayar €30 Juta Untuk Thiago Alcantara

Thiago Alcantara

Ianya semakin hampir untuk terjadi!

Liverpool kini dilaporkan sudah bersetuju untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Bayern Munich iaitu Thiago Alcantara.

Khabar angin mengenai perpindahan pemain ini ke Liverpool sudah menjadi perhatian untuk tempoh yang lama, namun begitu ianya begitu mengambil masa untuk menuju ke peringkat yang seterusnya.

Namun kini, Liverpool dikatakan sudah semakin hampir untuk mendapatkan pemain tersebut apabila mereka bersetuju untuk membayar harga yang diminta oleh Bayern Munich.

Sebelum ini, Bayern Munich meletakkan harga sebanyak €30 juta dan Liverpool berkeras untuk tidak membayar harga tersebut.

Namun begitu, Jurgen Klopp kini meminta untuk perpindahan ini dilaksanakan dan Liverpool menukar fikiran untuk bersetuju membayar harga yang diminta juara Jerman itu.

Di peringkat kedua-dua kelab, perpindahan tersebut boleh dikira sebagai rasmi. Namun kini mereka berada di tahap seterusnya untuk mengesahkan terma peribadi antara Liverpool dan juga Thiago.

Dengan perpindahan ini, barangkali Klopp perlu menyingkirkan beberapa pemain dengan nama Gini Wijnaldum antara yang paling menjadi perhatian.

Pemain tersebut dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, oleh itu ianya tidak menjadi masalah untuk Liverpool melepaskan pemain itu ke sana.

Malah terdapat beberapa nama lain turut disebut akan disingkirkan seperti Loris Karius, Harry Wilson dan juga Marko Grujic.

Kini, tinggal masa sahaja akan mengesahkan Thiago sebagai pemain rasmi Liverpool kelak.

Baca juga artikel kami mengenai Thiago Alcantara:

https://semuanyabola.com/thiago-alcantara-akui-bayern-munich-masih-gunakan-dna-guardiola-sehingga-kini/

Leave a Reply