Disebalik kerancakan perpindahan pemain yang sedang berlangsung, bekas pemain Pahang, Ivan Carlos memecahkannya dengan satu peringatan buat pihak pengurusan.
Menerusi laman Instagramnya, Ivan Carlos dikatakan telah memberi peringatan khas kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengenai tunggakan gaji para pemain musim ini, “Pahang jangan lupa untuk membayar kontrak pemain. Tahun ini sudah berakhir tetapi anda masih perlu membayar hutang anda.”
“Saya yakin peminat pun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam pasukan ini,” tambahnya lagi mengenai situasi tunggakan gaji yang dilalui mereka selama ini.
#BHsukan Tuntutan itu dibuat pemain import skuad Tok Gajah, Ivan Carlos kepada Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) menerusi akaun Instagram miliknya.https://t.co/QEecwmfGaq
— Berita Harian (@bharianmy) December 4, 2020
Mungkin perkara ini sudah lama berlaku dan ianya tiada kesudahan walaupun mereka turut didakwa atas perkara yang sama oleh bekas pemain, Mohamadou Sumareh.
Sebelum ini, Pahang dipalit isu dakwaan bekas pemain mereka yang juga merupakan pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh yang berkata pihak pengurusan telah melanggar salah satu klausa dalam kontrak iaitu mengenai tunggakan gaji yang membolehkannya untuk membatalkan kontrak.
Sumareh seterusnya menyertai sebuah kelab yang bersaing di Thai League 1, Police Tero FC apabila menurutnya, kontraknya bersama Pahang sudah pun terbatal.
Sumareh: Saya Rasa Tengku Muda Tidak Dimaklumkan https://t.co/DsjNG7oF4b pic.twitter.com/uKB4OIFFfJ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 9, 2020
Pihak pengurusan seterusnya menafikan perkara tersebut dan telah membawa isu tersebut ke pengetahuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk tindakan selanjutnya. Namun, melihatkan Sumareh masih tenang melalui isu ini, memungkinkan bahawa dakwaan Sumareh itu mungkin ada kebenarannya.
Ditambah dengan peringatan daripada Ivan Carlos mengenai ‘hutang’ tersebut telah menampakkan sesuatu sedang berlaku dalam pengurusan pasukan sepanjang musim ini. Adakah pemain-pemain lain sebelum ini tidak ‘berbunyi’ disebabkan menghormati pasukan dan mengharapkan isu tunggakan gaji akan diselesaikan?
Jadi, apa pula jawapan daripada pengurusan Pahang mengenai peringatan Ivan Carlos ini? Adakah gaji semua pemain turut sama terjejas? Adakah ini menandakan bahawa dakwaan Sumareh sebelum ini adalah semuanya benar belaka? Hanya pihak pengurusan pasukan mengetahui hujung pangkal isu ini.
Dalam pada itu, khidmat Ivan Carlos bersama tiga lagi pemain import, Dickson Nwakaeme, Khalil Khamis dan Adam Reed tidak dikekalkan Tok Gajah. Pertahanan kental, Herold Goulon kekal setia dan telah disertai oleh dua pemain, bekas kapten Terengganu FC, Lee Tuck dan penyerang, Sergio Aguero.
KREDIT FEATURED IMAGE: IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR
Baca lagi artikel mengenai Sri Pahang FC dan Ivan Carlos:
Desas Desus Tagih Anak Jati, Abdul Malik Mat Arif Kembali Ke Pahang?