Ini Maksud Tulisan Duit Palsu Yang Dilempar Kepada Donnarumma

Ratusan penyokong AC Milan telah melempar lembaran duit kertas palsu ke arah Gianluigi Donnarumma ketika aksi pertemuan bertemu Paris Saint-Germain dalam saingan Champions League.

Donnarumma sebelum ini pernah beraksi bersama AC Milan dengan beliau juga turut pernah menjadi pemain kesayangan peminat sebelum menjadi tokoh paling dibenci.

Penjaga gol utama Itali itu menyertai Rossoneri di usia 14 tahun dengan beliau turut sempat membuat lebih dari 250 penampilan untuk kelab dalam semua pertandingan.

Tidak dinafikan ketika kariernya bersama gergasi Serie A itu, para peminat sememangnya sangat menyayangi beliau.

Namun ketika penjaga gol Itali itu menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab, legasi beliau sepertinya hancur lebur dengan sekelip mata.

Beliau ketika itu dikatakan telah menolak tawaran bernilai £130,000 seminggu dari AC Milan kerana mahu meminta gaji yang lebih tinggi.

Bintang berusia 24 tahun itu kemudiannya bermain hingga kontraknya tamat dan memilih untuk menyertai Paris Saint-Germain sebagai pemain free ejen.

Beliau menyertai Paris Saint-Germain pada musim panas 2021 dan kerana beliau datang sebagai pemain berstatus bebas ejen, maka tidak hairanlah untuk melihat gergasi Ligue 1 itu mampu menawarkan gaji yang lumayan kepada Donnarumma.

Gianluigi Donnarumma juga turut dianggap sebagai antara penjaga gol terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Awal pagi tadi, beliau turun beraksi bertemu bekas kelabnya, AC Milan dalam aksi peringkat kumpulan saingan Champions League.

Menjelang sepak mula perlawanan, Donnarumma telah disambut dengan caci maki, hinaan, kecaman serta turut dilempar dengan objet (duit palsu).

Jelas sekali ia bukan kepulangan semula yang diharapkan oleh mana-mana pemain, terutama ketika kembali ke kelab yang menaikkan nama mereka.

Segelintir ultras AC Milan dilihat telah melempar lembaran duit kertas palsu ke arah Donnarumma dan ia dikatakan kerana mereka menganggap penjaga gol itu sebagai pengkhianat.

Apa yang lebih teruk lagi, duit kertas palsu itu telah dicetak dengan cetakan yang turut tertulis kata-kata yang menghina.

Terdapat tulisan ‘Mercenary’ di atas kertas tersebut yang mana ia membawa maksud ‘Lelaki yang tak ada harga diri’ dan ‘Dollarumma’ yang merujuk kepada sikap gilakan duit penjaga gol itu.

Ada juga segelintir peminat yang memakai t-shirt dengan nombor 71 di belakang mereka.

Nombor tersebut dikatakan membawa maksud ‘seorang lelaki yang tidak ada nilai’ menurut tradisi Neapolitan.

Lebih buruk untuk Donnarumma, skuadnya, PSG tewas dalam perlawanan ini, seterusnya menyukarkan laluan mereka untuk layak ke pusingan 16 terbaik.

AC Milan berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas gergasi Ligue 1 itu dan jelas sekali ia merupakan hal yang sangat menggembirakan penyokong mereka.

Milan Skriniar terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk skuad PSG pada minit ke-9 permainan sebelum Rafael Leao menyamakan kedudukan beberapa minit selepas itu.

Oliver Giroud muncul wira pasukan tuan rumah, selepas kejayaan beliau meledak gol kemenangan untuk AC Milan pada aksi babak kedua perlawanan.

Walau tewas, PSG tetap masih berada di kedudukan kedua aksi saingan peringkat kumpulan F dengan mengumpul 6 mata dari empat perlawanan.

Laluan untuk layak ke pusingan 16 terbaik masih terbuka luas dengan kesemua empat pasukan dipisahkan dengan jarak yang sangat dekat.

Boleh dikatakan semua kelab masih berpotensi untuk layak andai mereka berjaya mencatatkan kemenangan dalam baki perlawanan di peringkat kumpulan.

PSG walau sedang melalui musim yang serba tak menjadi, namun melihat kepada barisan pemain yang mereka miliki, tak mustahil mereka masih mampu untuk mencabar kejuaraan pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN