AFC: Terengganu Di Landasan Tepat Untuk Kembali Raih 3 Mata Penting

Terengganu bakal mengharungi perlawanan keempat mereka hari ini bagi saingan AFC peringkat Kumpulan G dengan aksi seterusnya membabitkan pasukan tersebut menentang Stallion Laguna di Filipina.

Terdahulu, Terengganu terpaksa berhempas pulas di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) ketika menentang Stallion Laguna selepas mereka ketinggalan dengan dua jaringan pasukan pelawat, sebelum kembali mencipta kebangkitan untuk mengikat seri keputusan perlawanan.

Sudah tentu Tomislav Steinbruckner selaku pengendali Terengganu mengambil iktibar daripada keputusan perlawanan tersebut untuk diperbaiki hari ini.

Daripada segi momentum, Sang Penyu boleh dianggap berada di landasan terbaik kini untuk mencipta keputusan positif di Stadium Bola Sepak Binan malam ini menerusi keputusan-keputusan positif diraih pasukan tersebut.

Dua perlawanan terakhir dihadapi skuad kendalian Steinbruckner sebelum itu menyaksikan mereka berjaya mencatat keputusan seri serta satu kemenangan yang membawa Terengganu untuk mara ke final Piala Malaysia 2023.

Malah, prestasi para pemain yang sebelum ini tampil sedikit lesu seperti Liridon Krasniqi, Omid Nazari, serta Ivan Mamut juga sangat menyerlah sehingga meraih pujian daripada para penyokong.

Liridon sendiri ketika ini seolah kembali pada prestasi terbaik beliau beberapa tahun lalu, selepas menampilkan kualiti cukup mengujakan selaku perancang utama Sang Penyu.

Beliau juga setakat ini sudah terlibat dalam beberapa kali dalam situasi penghasilan gol serta lincah mengawal bola sebelum melepaskan hantaran tepat kepada pemain serangan lain mencipta jaringan.

Rakan sepasukan beliau Omid Nazari juga kini berjaya menampilkan aksi lebih baik serta sangat klinikal di hadapan gawang gol, walaupun sebelum ini menerima kritikan cukup keras dalam kalangan peminat.

Malah, beliau juga menjadi wira buat Terengganu ketika pasukan tersebut terikat seri bersama Sri Pahang bagi aksi Liga Super menerusi dua jaringan dihasilkan oleh Omid.

Prestasi memuncak Omid kini yang semakin agresif di hadapan gol serta tenang mengawal bola sudah tentu akan digunakan Steinbruckner untuk perlawanan malam ini berdepan Stallion Laguna.

Akhir sekali pastinya tumpuan penting akan diberi kepada penyerang berbisa Terengganu musim ini iaitu Ivan Mamut yang dianggap berada dalam momentum cukup baik kini untuk menggempur sebarang kubu pertahanan lawan.

Setakat tiga perlawanan di pentas AFC, Mamut masih lagi belum menghasilkan sebarang gol buat Terengganu walaupun sangat menyerlah dalam saingan domestik.

Sudah tentu penyerang dari Croatia itu mempunyai cita-cita cukup tinggi pada perlawanan malam ini untuk membuka akaun jaringan sulung beliau di pentas antarabangsa.

Apapun, dijangka Steinbruckner bakal tampil dengan corak permainan lebih agresif kerana sasaran tiga mata sudah tentu berada dalam perancangan beliau untuk cuba membawa Terengganu mara lebih jauh musim ini di saingan AFC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN