Penjelasan UEFA Berkait Kad Merah Rashford Dapat Kecaman Peminat

Para penyokong Manchester United bengang dengan penjelasan dari UEFA berkait kad merah yang dilayangkan kepada Marcus Rashford dalam aksi pertemuan bertemu Copenhagen awal pagi tadi.

Rashford telah menerima kad merah kedua beliau sepanjang kariernya bersama Manchester United ketika aksi dalam peringkat kumpulan saingan Champions League bertemu Copenhagen.

Manchester United terlebih dahulu sudah mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0 hasil gol yang dijaringkan oleh Rasmus Hojlund.

Namun sebelum tamat aksi babak pertama, Man United terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas Marcus Rashford dilayangkan kad merah.

Pemain penyerang itu dilayangkan kad merah kerana beliau didakwa telah mengasari bintang Copenhagen, Elias Jelert.

Walaupun nampak seperti Rashford tidak sengaja, namun kekasaran dari beliau itu sepertinya memberi impak yang teruk pada buku lali bintang Denmark itu.

Pengadil perlawanan kemudiannya merujuk VAR dan selepas membuat penelitian beliau memutuskan untuk melayangkan kad merah pada Rashford.

Sebaik Rashford dilayangkan kad merah, corak permainan skuad The Red Devils dilihat serba tak menjadi, seterusnya membuka ruang kepada pasukan tuan rumah untuk mengasak.

Mohamed Elyounoussi meledak gol pembukaan untuk Copenhagen sebelum Diogo Goncalves menyempurnakan sepakan penalti untuk mengikat kedudukan 2-2.

Bruno Fernandes kembali meletakkan Manchester United di hadapan pada aksi babak kedua perlawanan, sebelum Lukas Lerager dan Roony Bardghji menjaringkan dua gol untuk Copenhagen mendahului 4-3.

Kad merah yang diterima oleh Marcus Rashford sepertinya telah menjadi topik perbualan hangat para peminat selepas UEFA mengeluarkan kenyataan yang agak mengarut.

Laman rasmi UEFA memberi penjelasan yang Rashford dilayangkan kad merah kerana beliau menarik Jelert dengan menggunakan tangannya.

Ia jelas sekali bukanlah apa yang berlaku di atas padang dengan semua tahu Rashford dilayangkan kad merah kerana kekasaran yang dilakukan menggunakan kakinya dan bukan tangannya.

Peminat di media sosial meluahkan rasa kecewa mereka terhadap hal tersebut dengan mereka merasakan UEFA tak sepatutnya melakukan kesilapan seperti itu.

“Kejap, guna tangan??? Jika sebut kaki saya masih terima, tapi kalau sebut tangan kenapa sampai kena kad merah?”

“Mereka sekarang bahkan dah tak tahu dia rompak kita dekat mana.”

“Ini tak sepatutnya berlaku dan saya rasa ia sudah agak keterlaluan untuk mereka tak tahu apa berlaku di atas padang.”

“Saya sebenarnya benar-benar tak percaya melihat apa yang sedang berlaku sekarang.”

“Mereka tentu bergurau, siapa yang muat naik penjelasan itu?”

“Maklumat seperti ini pun mereka boleh salah, saya pun tak faham macam mana mereka boleh tersilap hal seperti ini .”

Walau bagaimanapun, muat naik pada blog UEFA itu telah di perbetulkan namun kesalahan itu jelas sekali mengundang kemarahan para penyokong.

Dek kerana Rashford sudah dilayangkan dengan layangan kad merah, maka beliau jelas sekali tidak akan diturunkan ketika aksi bertemu Galatasaray di Istanbul pada 29 November nanti.

Hal itu sedikit sebanyak bakal membimbangkan para penyokong Manchester United yang sangat berharap mereka akan mampu tewaskan gergasi Turki itu, seterusnya layak ke pusingan 16 terbaik.

Laluan Man United untuk layak sepertinya sangat sukar kerana mereka kini berada di kedudukan tercorot dan dua perlawanan terakhir mereka adalah bertemu Galatasaray dan Bayern Munich.

Seandainya Manchester United tewas kedua-dua perlawanan tersebut, maka mereka bakal mengakhiri peringkat kumpulan A saingan Champions League musim ini di kedudukan tercorot.

Adakah Man United bakal mampu untuk kembali bangkit seterusnya layak ke pusingan 16 terbaik? Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN