Pandangan Sir Alex Ferguson Terhadap Situasi Ten Hag Di Old Trafford

Sir Alex Ferguson dilaporkan tampil memberi pandangan beliau terhadap situasi Erik ten Hag di Old Trafford pada ketika ini serta beliau turut memberi jalan keluar kepada kelab untuk menghadapi hal tersebut.

Tidak dinafikan lagi yang masa depan Erik ten Hag bersama Manchester United menjadi topik perbualan hangat para peminat bola sepak seluruh dunia pada ketika ini.

Kemenangan 1-0 Manchester United menewaskan Fulham kemarin sepertinya sedikit menghidupkan harapan Ten Hag untuk terus bersama Red Devils.

Ramai yang percaya pengurus dari Belanda itu akan dipecat andai Man United tewas kepada Fulham kemarin ekoran dari prestasi kelab pada awal musim ini yang dianggap terburuk sejak 61 tahun lalu.

Sebelum berjaya mencatatkan kemenangan di Craven Cottage kemarin, United telah mencatatkan dua kekalahan 3-0 berturut-turut di tangan Newcastle United dan Manchester City.

Aksi hambar Red Devils pada ketika ini menyebabkan banyak spekulasi berkait masa depan Ten Hag dengan rata-rata menganggap beliau berpotensi dipecat dalam masa terdekat ini.

Nama Zinedine Zidane dan Ruben Amorim antara yang hangat dikaitkan dengan bakal menggantikan bekas pengurus Ajax itu andai beliau benar-benar dipecat.

Walau bagaimanapun, bekas pengurus yang juga dianggap sebagai tokoh paling dihormati di Old Trafford, Sir Alex Ferguson telah tampil untuk memberi pandangan beliau terhadap situasi Erik ten Hag bersama kelab.

Legenda terhebat sepanjang zaman kelab itu menegaskan yang beliau percaya Erik ten Hag merupakan individu paling tepat untuk terus memimpin kelab.

Dipetik dari beberapa sumber di UK, orang terdekat Sir Alex Ferguson ada mendedahkan bahawa:

“Erik mendapat sokongan padu dari Sir Alex. Dia sangat menyokong Erik sejak dari awal ketibaanya menyertai kelab.”

“Dia kagum dengan kerja yang dilakukan olehnya, terutama dari cara bagaimana dia (Ten Hag)membuat keputusan yang besar.”

“Sir Alex, sama seperti semua orang lain, berharap hasil yang lebih baik musim ini. Tapi dia fikir semua yang menyalahkan pengurus atau mendesak untuk menukar pengurus adalah satu hal yang salah.”

“(Ferguson) fikir dia (Ten Hag) sudah menunjukkan karakter dan keperluan mentaliti yang sempurna untuk mengubah keadaan kelab. Dan dia (Sir Alex) sangat berkeras mempercayai yang Erik memerlukan lebih banyak masa, sama seperti dia dahulu untuk memastikan semuanya berhasil untuk kelab.”

“Jika diminta nasihat, itu lah apa yang Sir Alex akan beritahu kelab terutama kepada pelabur baru yang mahu melabur kepada kelab.”

Sir Jim Ratcliffe yang dikatakan berpotensi untuk menjadi salah seorang pemilik kelab selepas beliau membuat bidaan 25 peratus saham kelab juga dikatakan memberi sokongan penuh kepada Ten Hag.

Sumber sama turut membuat perbandingan tentang sikap Ten Hag dengan Sir Alex Ferguson.

“Sir Alex perlu buat semua keputusan ketika era beliau sebagai pengurus yang mana ia satu hal yang sukar dan merisikokan diri dia bakal bermasalah dengan pemainnya.”

“Tapi dia tak pernah berpaling atau berhenti melakukan apa yang beliau rasakan benar untuk dilakukan.”

“Ini juga adalah sikap yang Erik tunjukkan, terutama cara bagaimana dia uruskan situasi melibatkan Marcus Rashford baru-baru ini”.

Sir Alex Ferguson jelas sekali masih mempercayai kemampuan Erik ten Hag namun tak pasti sampai bila beliau akan terus menyatakan sokongannya terhadap pengurus dari Belanda itu.

Tidak dinafikan juga yang Sir Alex mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kepimpinan kelab dan tak mengejutkan juga andai pihak kelab akan mendengar nasihat dari beliau.

Adakah Ten Hag akan mampu membalas kepercayaan Sir Alex Ferguson dengan membuktikan kemampuan sebenar beliau?

Atau beliau akan terus mempamerkan persembahan buruk hingga menyebabkan legenda kelab itu hilang kepercayaan padanya? Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN