Arsenal mungkin perlu untuk membelanjakan sehingga £500,000 seminggu hanya untuk membayar gaji Mesut Ozil dan Alexis Sanchez sahaja.
Sebelum ini dilaporkan Alexis Sanchez dijangka akan menerima kenaikkan gaji £40,000 seminggu kepada £170,000 untuk kontrak baru beliau. Mesut Ozil juga dijangka akan menerima kenaikkan yang sama.
Itu cerita sebelum Brexit!
Sebaliknya kini, dengan kemerosotan nilai pound sterling, nilai itu mungkin terpaksa ditambah.
Situasi Ozil Dan Sanchez
Kontrak semasa Ozil dan Sanchez akan tamat pada 2018.
Arsenal dilaporkan sudah memulakan rundingan pada minggu lalu namun, buat masa ini masih belum ada rundingan yang dipersetujui oleh pihak Arsenal dengan duo ini.
Buat masa ini, Ozil adalah penerima gaji terbesar dalam skuad Arsenal dengan £140,000 seminggu. Sanchez adalah penerima gaji kedua tertinggi dengan £130,000 dan diikuti oleh Theo Walcott dengan £120,000 seminggu.
Di Arsenal, hanya Arsene Wenger yang menerima gaji lebih tinggi daripada Ozil dengan £160,000 seminggu setakat ini.
Impak Brexit
The Times melaporkan Mesut Ozil dan Alexis Sanchez meminta £250,000 seminggu untuk kontrak baru mereka selepas mengambil kira banyak faktor.
Ia adalah lebih £70,000 yang dijangkakan oleh Arsenal untuk setiap seorang daripada mereka.
Arsenal dilaporkan berhasrat mahu mengekalkan pasangan tersebut sekurang-kurangnya sehingga 2020. Kontrak Santi Cazorla turut akan berakhir pada akhir musim ini.
Menurut The Times lagi, tuntutan gaji tersebut agak mengejutkan hierarki Arsenal. The Times menggariskan 3 faktor utama di sebalik permintaan gaji ‘melampau’ itu.
2 daripada faktor tersebut mungkin sudah dijangka oleh Arsenal
1. Permintaan Tinggi Semasa Jendela Perpindahan
Dengan aksi cemerlang kedua-dua pemain itu setakat ini, pastinya banyak kelab gergasi di luar sana yang sedia memenuhi angka yang diminta oleh kedua-dua pemain ini.
Arsenal pada masa yang sama, agak lambat memulakan rundingan dengan Ozil dan Sanchez. Jendela perpindahan akan dibuka kurang 3 bulan lagi.
2. Inflasi
Majoriti pemain-pemain utama dalam setiap pasukan di EPL merasai kenaikan gaji luar biasa musim ini dengan perjanjian hak penyiaran baru EPL yang sangat tinggi.
3. Nilai Pound Sterling Susut
Sebab ketiga ini adalah sangat di luar jangkaan oleh Arsenal.
Akibat Brexit, berlaku penurunan yang besar dalam nilai pound. Pada awal Oktober nilai pound sterling susut kepada nilai €1.38. Kini ia susut lagi kepada €1.13.
Ketidakstabilan ini memang akan merisaukan para pemain dan mereka pasti mahu mencari satu angka ‘selamat’.
Polisi Arsene Wenger
Arsenal memang terkenal dengan polisi untuk tidak terlalu tunduk dengan permintaan pemain. Mereka juga kerap melepaskan pemain yang terlalu lebih-lebih mencabar hierarki mereka.
Kedua-dua pemain ini kini beusia 27 tahun yang dianggap usia kemuncak untuk pemain bola sepak.
Biasanya, pada usia ini pemain akan menerima gaji paling maksimum dalam karier kerana selepas ini mereka akan berusia 30 tahun dalam kontrak baru.
Arsene Wenger ada rekod yang ketara dalam menjual pemain jika perjanjian dengan pemain tergantung dan ada tawaran besar dengan kelab lain, lebih-;ebih lagi pemain yang berusia lewat 20-an.
Cesc Fabregas, Thiery Henry, Robin Van Persie, dan Samir Nasri antara contoh pemain yang dilepaskan selepas ada tawaran besar dari kelab lain.
Jika benar 2 pemain ini diberikan gaji baru £250,000 seminngu, ia adalah £10,000 di bawah pendapatan Wayne Rooney yang masih lagi menjadi penerima gaji termahal di EPL dengan £260,000 seminggu.
Ozil Dan Sanchez Gembira Di Arsenal
Buat masa ini, rasanya kedua-dua pemain ini menikmati detik-detik yang indah di Arsenal. Mesut Ozil kerap menggambarkan beliau bahagia dengan kehidupan di London.
Alexis Sanchez sejak akhir-akhir ini menjadi penyerang utama dalam sistem false 9 menggantikan Olivier Giroud.
Rasanya, ia akan menjadi aspek penting untuk meyakinkan mereka untuk menandatangani kontrak baru dengan nilai lebih rendah daripada £250,000 seminggu.
Buat masa ini, penyokon-penyokong Arsenal hanya mahu menunggu berita kedua-dua pemain ini untuk menadantangani kontrak baru untuk menamatkan segala spekulasi.
Baca juga: Referendum Kesatuan Eropah: Kesan Yang Peminat Bola Sepak England & Scotland Perlu Tahu