5 Sebab Peminat Malaysia Rasa Mereka Lebih Hebat Daripada Singapura

Kita semua tahu yang Singapura merupakan antara musuh utama kita dalam sukan bola sepak.

Dalam artikel sebelum ini kami tampilkan 5 sebab mengapa peminat Singapura rasakan pasukan Singapura lebih bagus daripada pasukan Malaysia.

Jadi sekarang kami tampilkan pula 5 sebab mengapa peminat Malaysia rasa Malaysia lebih hebat dari Singapura.

Ultras Malaya

Semua mengetahui setiap kali pasukan Malaysia beraksi, gerakan Ultras Malaya pasti akan meriuhkan suasana dengan sorakan tidak henti daripada mereka.

Pukulan dram dan sorakan tidak henti sentiasa meniupkan roh semangat kepada pemain Malaysia yang beraksi di atas padang.

Sorakan padu mereka membuatkan sorakan peminat Singapura tenggelam pada pertemuan antara dua negara ini 2 tahun lepas di Piala AFF Suzuki.

Oleh itu, sebuah laman web Singapura menjadikan Ultras Malaya sebagai 2 daripada 8 sebab mengapa peminat Singapura gagal sebagai penyokong pada malam tersebut.

Hardi Jaafar

Setiap kali aksi antara Malaysia dan Singapura, nama Hardi Jaafar pasti akan muncul di ingatan.

Hardi Jaafar menjaringkan gol yang boleh dikatakan mustahil untuk dilakukan 2 kali.

Pada aksi separuh akhir Piala AFF 2007 di Shah Alam, Hardi telah menjaringkan gol dari tepi padang menewaskan gol penjaga gol Lionel Lewis.

Sehingga kini, masih teringat bait ulasan Shaukei Kahar sebelum gol itu masuk.

“Hardi.. percubaan lencong GOOLL!!”

Pasukan Singapura sendiri bermain di Liga Malaysia

Satu perkara yang rakyat Malaysia boleh bangga adalah pasukan Singapura sendiri terpaksa bermain di Liga Malaysia.

Sehingga 1994, pasukan kebangsaan Singapura berkelana di Liga Malaysia sebelum mewujudkan liga sendiri pada 1996.

selsin

Pada masa dahulu, rakyat Malaysia tidak begitu kisah dengan kehadiran Singapura di Liga Malaysia.

Namun apabila mereka kembali pada 2012 dengan pasukan LionsXII, mereka boleh dikatakan pasukan paling tidak disukai rakyat Malaysia.

Liga Malaysia lebih berprestij dari S-League

Rakyat Malaysia sentiasa boleh berbangga kerana Liga Malaysia sentiasa lebih berprestij dari S-League.

Liga Malaysia mempunyai 3 divisyen teratas iaitu Liga Super, Liga Perdana dan Piala FAM.

Manakala S-League hanya mempunyai 1 divisyen sahaja dan terpaksa menjemput pasukan luar untuk melengkapkan jumlah pasukan.

S-League tidak begitu popular dalam kalangan rakyat Singapura. Mereka sering mengalami masalah dari segi kehadiran penonton ke stadium.

17986199-1

Populariti S-League yang tidak popular membuatkan pernah sekali pasukan Tampines Rovers memujuk peminat mereka datang ke stadium untuk melihat majlis penyerahan trofi kejuaraan kepada pasukan mereka pada 2013.

Tampines Rovers memujuk penyokong mereka dengan menawarkan 1000 bungkus nasi briyani percuma kepada 1000 penyokong Tampines Rovers yang terawal!

Prestij Liga Malaysia juga membuatkan pasukan Singapura bermain di negara kita sehingga 1994 dan kembali sebagai LionsXII pada 2012.

Apa yang pasti, pasukan dari Singapura kerap menjadi pasukan paling tidak disukai jika bermain di Liga Malaysia.

Menang pertarungan pertama di stadium baru

Sejak National Stadium di Kallang dibuka semula pada 2014, hanya sekali sahaja pasukan Singapura & Malaysia bertemu di gelanggang tersebut.

Pertemuan tersebut adalah pertemuan ketika peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2014.

Dalam perlawanan wajib menang untuk Malaysia, pasukan negara berjaya mendahului oleh Safee Sali pada minit ke-61.

Namun Khairul Amri menyamakan kedudukan pada minit ke-83 dan itu hampir pasti mematikan langkah Malaysia ke separuh akhir.

Namun gol minit akhir pada Safiq Rahim dan Indra Putra membawa Malaysia ke separuh akhir dan menyingkirkan Singapura dalam pertemuan pertama antara 2 negara ini di National Stadium.

20845337-1

#KeeperKatMane

Insiden ini berlaku pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 melibatkan 2 negara ini.

Ketika Singapura sedang memburu gol penyamaan di minit akhir permainan, penjaga gol Singapura iaitu Hassan Sunny naik ke atas untuk membantu negarannya mendapat gol dalam situasi sepakan percuma.

Sepakan yang diambil oleh Shahril Ishak bagaimana pun disambar oleh pertahanan Malaysia dan pasukan negara terus melancarkan serangan balas pantas.

Bola akhirnya jatuh ke kaki Indra Putra lalu pemain veteran itu memecut laju untuk kemudiannya melorongkan bola ke pintu gol Singapura yang kosong ditinggalkan Hassan Sunny.

indra

Ketika itu lagu dendangan penyanyi Singapura iaitu Taufik Batisah sedang hangat di corong-corong radio bertajuk #AwakKatMane.

Lalu peminat Malaysia mencipta hashtag #KeeperKatMane mengejek insiden melibatkan Hassan Sunny.

851519484_45624_12707783204148936321

Baca juga: 5 Sebab Mengapa Peminat Singapura Rasa Mereka Lebih Hebat Daripada Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN