5 Sebab Mengapa Peminat Singapura Rasa Mereka Lebih Hebat Daripada Malaysia

Hari ini kita akan dapat saksikan, satu daripada banyak permusuhan dalam bola sepak bertarung sesama sendiri.

Singapura akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Malaysia dalam aksi persahabatan di National Stadium hari ini (7 Oktober 2016).

Dan untuk memeriahkan lagi perlawanan melibatkan dua seteru ini, kami bawakan anda 5 sebab mengapa peminat Singapura rasa pasukan mereka lebih hebat dari Malaysia.

Kallang Roar

Kallang Roar merupakan satu perkara yang cukup sinonim dengan peminat bola sepak Singapura.

Ia merupakan satu perkara yang terkenal dengan bola sepak Singapura ketika mereka menyertai Liga Malaysia pada era semi-pro satu ketika dahulu.

np_20150702_szobit02-o7g_922237

Hal ini kerana mereka menjadikan Stadium Nasional Singapura di Kallang sebagai ‘rumah’ mereka.

Dengan sokongan padu para peminat, dari situlah wujudnya istilah ‘Kallang Roar’.

Ngauman Kallang Roar senyap seketika apabila Stadium Nasional Singapura ditutup pada 2007 dan dimusnahkan pada 2010 untuk pembinaan stadium baharu.

Dan pada 2014, ngauman itu kembali setelah National Stadium dibuka semula di lokasi sama dibuka pada 2014.

Lebih banyak gelaran Piala AFF berbanding Malaysia

Peminat Singapura boleh mendabik dada di hadapan penyokong Malaysia apabila bercerita mengenai jumlah gelaran Piala AFF yang mereka ada.

al-singapore-football-0508e_2x-1

Singapura ternyata antara pasukan yang paling berjaya di Piala AFF apabila memperoleh gelaran pada 1998, 2004, 2007 dan 2012.

Dan satu perkara yang tidak boleh dilupakan peminat Singapura adalah mereka menang 3-0 ke atas Malaysia pada perlawanan pembukaan Piala AFF 2012.

Kemenangan itu diraih dihadapan ribuan penyokong Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil!

Hassan Sunny

Hassan mungkin diejek oleh penyokong Malaysia dengan hashtag #KeeperKatMane selepas penjaga gol itu meninggalkan gawangnya kosong pada minit akhir permainan.

Namun begitu selepas insiden tersebut, Hassan bangkit membuktikan kebolehan dirinya sebagai penjaga gol terbaik di negaranya melepasi rakan sepasukan iaitu Izwan Mahbud.

Prestasi beliau pada tahun 2015 menarik perhatian akhbar UK iaitu Telegraph dengan meletakkan Hassan dalam kelompok 20 penjaga gol terbaik di dunia pilihan mereka.

Lebih manis, Hassan merupakan satu-satunya penjaga gol Asia dan tidak pernah bermain di Eropah memasuki senarai tersebut!

20150121_hassansunny_st-1

Menguasai bola sepak Malaysia

Pada era sebelum bola sepak moden, Singapura menjadi satu diantara pasukan paling berkuasa dalam bola sepak Malaysia.

Dengan 24 gelaran Piala Malaysia, Singapura mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Malaysia pada tahun 1994 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Pahang 4-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Singapura kembali ke Liga Malaysia pada 2012 menerusi LionsXII dan mereka berjaya memberi luka sekali lagi kepada rakyat Malaysia.

Pertama apabila mereka menjuarai Liga Super pada 2013 dan memenangi Piala FA Malaysia pada 2015 pada musim terakhir mereka di Liga Malaysia menewaskan Kelantan.

1399458_796797007094829_633839

Legasi Fandi Ahmad

Fandi Ahmad merupakan pemain bola sepak paling hebat Singapura pernah ada.

Beliau pernah bermain di kelab Belanda iaitu FC Gronigen dan pernah menjaringkan gol menentang Internazionale dalam aksi UEFA Cup (kini Europa League).

Fandi juga merupakan watak penting dalam kejayaan Kuala Lumpur pada lewat 80-an dan Pahang pada awal 90-an.

Kini legasi Fandi disambung oleh anaknya iaitu Irfan Fandi yang melakukan aksi memukau di peringkat trial di Arsenal, Chelsea dan AC Milan.

np_20150520_letters20a_870516-1

Irfan kini sedang beraksi untuk Home United di Singapura dan bakal mengikut jejak langkah bapanya menjadi pemain bola sepak terkenal satu hari nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN