Ibrahimovic Adalah Kunci Kepada Kelahiran ‘Generasi Emas’ AC Milan

Stefano Pioli AC Milan

Apabila AC Milan secara tiba-tiba mencipta sensasi mendahului saingan Serie A pada musim ini, banyak pihak yang berpendapat ianya adalah kerana ‘aura’ Zlatan Ibrahimovic yang telah kembali bersama pasukan tersebut pada awal tahun ini.

Namun dalam lapan perlawanan terakhir, tanpa kelibat penyerang veteren tersebut sekalipun, skuad Rossoneri masih mampu mencatat keputusan-keputusan positif dengan meraih lima kemenangan dan tiga seri.

Perkembangan ini tentunya memuaskan hati pengurus Milan, Stefano Pioli yang dapat membuktikan perancangannya berjalan dengan baik dan membuahkan hasil sejak mengambil alih pasukan berkenaan pada Oktober 2019 dan ianya bukan semata-mata kerana faktor Ibrahimovic.

Selepas seri dalam dua perlawanan sebelum ini, Milan kembali mencatat kemenangan selepas menumpaskan Sassuolo 2-1 hasil jaringan terpantas liga oleh Rafael Leao dan Alexis Saelamaekers.

Ini bermakna pasukan tersebut masih mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam 13 perlawanan untuk terus kekal di puncak liga dengan 31 mata, mengatasi pencabar terdekar Inter Milan dan Juventus.

Namun Pioli tidak menafikan keberadaan Ibrahimovic bersama pasukannya telah banyak membantu perkembangan pemain lain terutamanya pemain-pemain muda yang semakin meningkat.

“Kami pastinya lebih kuat dengan adanya Ibrahimovic. Dia adalah seorang juara dan pasukan ini meningkat dalam banyak aspek dengan bantuannya,” ujar Pioli dalam sidang media selepas perlawanan.

“Hasil peranannya, prestasi pemain-pemain lain telah meningkat. Jadi saya harap dia dapat kembali secepat mungkin kerana dengan adanya dia, tentu pasukan kami menjadi lebih baik.”

Kali terakhir Milan menjuarai Serie A adalah pada musim 2010/11 ketika di bawah bimbingan Massimiliano Allegri dan Ibrahimovic merupakan salah seorang tonggak utama pasukan ketika itu.

Selepas daripada itu bermulalah zaman suram pasukan tersebut di mana mereka gagal untuk menamatkan saingan liga di kedudukan empat teratas selama tujuh musim berturut-turut bermula musim 2013/14.

Namun Pioli telah berjaya melengkapkan pasukannya dengan barisan pemain yang lengkap di setiap posisi dengan formula menggandingkan pemain muda dan pemain berpengalaman.

Tanpa Ibrahimovic, beliau masih boleh mengharapkan Ante Rebic dan dua penyerang muda Leao dan Lorenzo Colombo selain pemain-pemain yang lain seperti Jens Petter Hauge, Sami Castillejo,Brahim Diaz, Saelamaekers serta Hakan Calhanoglu untuk menjaringkan gol.

Kemudian pemain-pemain tengah yang kreatif seperti Sandro Tonali, Daniel Malidi, Frank Kerssie turut menyumbang kepada konsistensi pasukan untuk mencapai keputusan yang baik bagi setiap perlawanan yang dihadapi.

Di bahagian pertahanan pula Pioli ternyata beruntung mempunyai penjaga gol muda terbaik di dunia iaiatu Gianluigi Donnarumma dan dibantu pula dengan kematangan Alesio Ramagnoli dan Simon Kjaer dalam membimbing pemain-pemain muda.

Nama-nama seperti Theo Hernandez, Diogo Dalot, Davide Calabria, Matteo Gabbia dan Pierre Kalulu melengkapkan senarai generasi baharu Milan yang telah diasah dengan mentaliti juara.

Walaupun saingan liga masih boleh dianggap masih panjang, namun AC Milan telah pun menunjukkan mereka mempunyai karakter yang cukup mantap untuk kembali muncul sebagai kuasa besar dalam bola sepak Itali.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Stefano Pioli dan AC Milan:

Jens Petter Hauge: Budak Ajaib AC Milan Dari Wilayah Bodø

Stefano Pioli Berjaya Buat Satu Benda Yang Pengurus AC Milan Lain Gagal

Pioli Enggan Terlalu Selesa, Akui Kelab Besar Mula Bangkit Kejar Milan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN