Pioli Enggan Terlalu Selesa, Akui Kelab Besar Mula Bangkit Kejar Milan

Pioli Milan

Pengurus AC Milan, Stefano Pioli menganggap pasukan-pasukan lain dalam saingan Serie A seperti Juventus, Inter Milan dan SS Napoli masih menjadi ancaman terbesar buat skuad bimbingannya yang pada ketika ini sedang menikmati prestasi cemerlang.

Selepas mengharungi 10 perlawanan liga, AC Milan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dengan lapan kemenangan dan dua keputusan seri yang dicatatkan untuk memimpin carta liga dengan 26mata, berkelebihan lima mata meninggalkan musuh tradisi, Inter Milan.

Melihatkan kepada perkembangan positif tersebut, sudah ada cakap-cakap yang menilai anak buah Pioli itu mampu untuk kembali bergelar juara liga selepas kali terakhir menjulangnya pada musim 2010/11.

Namun, Pioli melihat bukan mudah buat pasukannya untuk meraih gelaran tersebut kerana beliau berpendapat kelab-kelab gergasi Itali akan memberikan cabaran sengit sehingga ke akhir persaingan.

”Saya yakin keputusan pada hujung minggu ini telah menunjukkan bahawa pasukan-pasukan kuat sudah kembali, mereka semakin hampir untuk menekan kami,” ujar Pioli menurut laporan Goal.

”Saya juga yakin Inter Milan, Juventus dan Napoli masih akan memberikan saingan sengit hingga ke akhir saingan.”

”Bagaimana anda boleh berfikir bahawa Juve bukan sebuah pasukan pilihan selepas mereka menjuarai saingan ini buat musim kesembilan berturut-turut.”

”Atau Inter dengan pelaburan mereka atau Napoli yang memiliki pemain yang berbakat,” tambah Pioli lagi.

Pada aksi yang berlangsung awal pagi tadi di Luigi Ferraris, AC Milan meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan Sampdoria 2-1. Franck Kessie membuka tirai jaringan pada lewat separuh masa pertama menerusi sepakan penalti.

Samu Castillejo yang dimasukkan pada minit ke-76 hanya memerlukan satu minit sahaja untuk melebarkan kedudukan buat AC Milan sebelum Albin Ekdal merapatkan jurang pada minit ke-82 untuk kedudukan 2-1 memihak AC Milan itu kekal hingga tamat permainan.

Kredit featured image: Emilio Andreoli/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Pioli dan AC Milan:

RASMI: Stefano Pioli Pengurus Baharu AC Milan

Stefano Pioli Berjaya Buat Satu Benda Yang Pengurus AC Milan Lain Gagal

Satu Pelan Pioli Buat Ibrahimovic Selepas Jaringkan 6 Gol Dalam 3 Perlawanan Liga

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN