Mampukah Arsenal Kekal Di EPL Musim Ini?

Arsenal EPL

14, hanya itu jumlah kutipan mata Arsenal dalam 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mereka tewas lapan perlawanan dan kini telah terjunam ke tangga ke-15.

Ianya merupakan rekod terburuk The Gunners sejak musim 1974/75. Persoalannya kini bukan lagi tentang kemampuan Arsenal untuk berada di kedudukan empat pasukan teratas, tetapi mampukah skuad kendalian Mikel Arteta itu terus kekal di EPL?

Kerisauan tersebut tidaklah terlalu melampau sekiranya dinilai daripada prestasi Arsenal pada musim ini. Mereka hanya mampu menjaringkan 12 gol dan telah pun dibolosi sebanyak 18 kali pada musim ini.

Tewas 2-1 kepada Everton di Goodison Park tempoh hari telah memburukkan lagi keadaan di mana mereka kini hanya empat mata sahaja daripada zon penyingkiran.

Jadi di manakah sebenarnya punca atau titik mula kepada kejatuhan Arsenal ini?

Mereka membeli Nicolas Pepe dari kelab Perancis, Lille dengan rekod pembelian kelab £72 juta pada musim lepas. Namun pemain sayap Ivory Coast berkenaan hanya menjaringkan dua gol sahaja dalam aksi liga musim ini.

Yang paling jelas ketara pastilah mengenai kehilangan kreativiti dalam corak permainan pasukan dan kebanyak pihak melihat ianya merupakan kesan daripada tindakan Arteta mengetepikan Mesut Ozil daripada skuadnya pada musim ini.

Jurulatih warga Sepanyol itu juga telah dikritik apabila mengekalkan David Luiz serta mengambil pemain ‘buangan’ seperti Willian yang sudah tamat kemuncak prestasinya. Kemasukan Thomas Partey juga dilihat tidak memberikan impak positif kepada pasukan.

Pemilihan Pierre-Emerick Aubameyang sebagai kapten pasukan juga telah dipertikai kerana tiada sikap kepimpinan pada penyerang Gabon itu, namun ianya pastilah lebih baik daripada Granit Xhaka yang penuh dengan kontroversi sebelum ini.

Pemain-pemain muda yang ada mungkin cukup baik dari segi individu, namun permainan bola sepak terutamanya untuk liga yang berprestij seperti EPL memerlukan kekuatan mental kerana mereka berhadapan dengan pasukan-pasukan yang sentiasa berupaya untuk mencipta kejutan.

Menamatkan saingan liga di tangga kelapan pada musim lepas mungkin petanda awal kepada kejatuhan Arsenal. Jika dahulu penyokong mereka meletakkan beban kesalahan kepada Unai Emery, kini giliran Arteta pula berdepan dengan tekanan yang sama.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:

Leave a Reply