Hummel Perkenalkan Kit Bola Sepak Lengkap Dengan Hijab Untuk Afghanistan

Akhirnya ada juga pengeluar kit bola sepak yang prihatin dengan keperluan pemain bola sepak wanita yang mahu bertudung.

Semalam pasukan bola sepak Afghanistan memperkenalkan imej jersi baru mereka yang dikeluarkan oleh pengeluar kit bola sepak Denmark, Hummel.

afghan1

Apa yang menariknya bersempena Hari Wanita Sedunia semalam, Hummel turut memperkenalkan kit rasmi pasukan bola sepak wanita Afghanistan yang lengkap dengan hijab.

afghan2

Ini bersesuaian dengan demografik Afghanistan yang majoritinya beragama Islam.

Malah hijab Hummel juga menepati syarat peraturan FIFA yang menarik semula larangan memakai penutup kepala pada tahun 2014. Menurut FIFA, penutup kepala dibenarkan untuk dipakai oleh pemain dengan syarat:

  1. Ia mestilah mempunyai warna sama dengan warna jersi
  2. Ia tidak boleh dijahit sekali dengan jersi.

Dalam rekaan Hummel ini, pemain wanita yang berhijab perlu memakai baselayer (gambar bawah) yang lengkap dengan hijab, sebelum memakai jersi pasukan.

Sumber: Hummel
Sumber: Hummel

Hummel memenuhi kehendak pemain berhijab

Menurut pemilik Hummel, Christian Stadil, jenamanya mungkin tidak mampu menaja pasukan-pasukan besar di dunia, tetapi mereka sentiasa berminat untuk menaja pasukan yang mempunyai ‘karakter’ seperti Afghanistan.

“Kami cuba memenuhi kehendak pemain wanita Afghanistan. Ini membolehkan mereka untuk bermain bola sepak dengan atau tanpa hijab.”

Bekas kapten terlibat dalam proses reka bentuk

Dalam imej pengenalan kit terbaru Afghanistan semalam, bekas kapten pasukan bola sepak wanita Afghanistan, Khalida Popal, diberi penghormatan untuk menggayakan kit berhijab tersebut.

“Jersi baru ini memberi simbol budaya, tradisi dan sejarah Afghanistan.”

“Saya berpendapat pasukan wanita Afghanistan mempunyai potensi besar. Jersi ini akan memberi harapan baru kepada pemain-pemain muda kami.”

Popal terpaksa bersara daripada bola sepak selepas mengalami kecederaan buku lali yang berterusan.

Untuk menghargai sumbangannya sebagai ikon bola sepak wanita negaranya, Hummel mengajak Popal untuk mereka bentuk jersi dan hijab Afghanistan.

“Saya telah terlibat dalam konsultasi reka bentuk jersi sejak dari mula. Saya mahu jersi yang melambangkan kekuatan karakter Afghan, tanpa melupakan tradisi dan warisan.”

“Saya rasa kit jersi ini mencapai kedua-dua matlamat.”

Secara jujurnya, kami agak hairan pengeluar kit bola sepak mengambil masa yang begitu lama untuk memperkenalkan hijab untuk pemain bertudung. Apatah lagi sejak FIFA menarik balik keputusan mereka untuk mengharamkan pemakaian penutup kepala di atas padang bola sepak.

Tetapi bak kata orang putih, better late than never. Tahniah kepada Hummel dan Afghanistan!

Baca juga: Kenali Pengadil Perempuan Pertama Bertudung Di Itali: Chahida Chekkafi

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN