Hojageldiyev: “Padang Memang Buruk Tapi Itu Bukan Alasan Kami Kalah”

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Turkmenistan, Hojageldiyev menegaskan yang kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang buruk bukan lah punca utama mengapa skuadnya tewas 3-1 bertemu Malaysia malam semalam.

Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-1 menewaskan Turkmenistan dalam aksi kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Muhammad Safawi Rasid, Mohamed Faisal Halim dan Corbin Ong berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut.

Tidak dinafikan yang skuad Harimau Malaya bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini dengan mereka turut mendominasi hampir keseluruhan aksi pada babak pertama permainan.

Skuad kendalian Hojageldiyev itu terpaksa akur tewas di tangan Malaysia dan beliau juga turut mengakui bahawa anak-anak buah Kim Pan-gon itu bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini.

Kualiti padang yang teruk bukan alasan Turkmenistan tewas di tangan Malaysia

Bercakap selepas tamat perlawanan, Hojageldiyev telah memuji aksi dan persembahan para pemain skuad Harimau Malaya dan beliau turut berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya sepanjang perlawanan tersebut.

Beliau awalnya telah ditanya tentang aura dan kesan sokongan padu para penyokong Malaysia, namun penterjemah beliau salah faham tentang soalan dan menganggap wartawan bertanya tentang permukaan padang.

Dek kerana crowd disangka ground maka jawapan yang diterima dari ketua jurulatih Turkmenistan itu adalah tentang kualiti padang.

“Kualiti padang memang sangat teruk, tapi itu bukan masalah, kedua-dua pasukan bermain di atas padang yang sama. Cuma kelebihan untuk Malaysia sebab sudah terbiasa bermain di padang ini.”

Wartawan kemudiannya memperbetulkan semula fahaman penterjemah itu dengan menjelaskan soalan sebenar.

Jurulatih Turkmenistan itu kemudiannya mendedahkan tentang pandangan beliau berkait para penyokong dengan beliau turut teruja melihat sokongan padu dari para penyokong Malaysia dalam perlawanan ini.

Kualiti padang terus dipertikai

Sebelum ini, ketika aksi perlawanan persahabatan bertemu Hong Kong, pengurus pasukan pelawat, Jorn Andersen turut mempertikaikan tentang hal yang sama.

 

Bercakap selepas tamat perlawanan, Jorn Andersen mendedahkan bahawa:

“Pertama sekali saya terkejut dengan aksi Malaysia malam ini, sebelum ini ketika saya mengendalikan skuad Korea Utara, pernah menewaskan Harimau Malaya dengan mudah 4-1 dalam dua pertemuan antarabangsa.”

“Tetapi hari ini, saya tewas kepada mereka. Ini bukan pasukan yang saya sangkakan mudah boleh dijinak seperti dahulu,mereka sudah banyak berubah khususnya beraksi dengan mempamerkan permainan bertahap tinggi dan penuh berintensiti serta secara taktikal juga menunjukkan banyak peningkatan.”

Sejak awal sehingga akhir perlawanan itu mereka menyerang habis-habisan dan tidak membuka ruang untuk kami memegang bola lama,”

“Saya harus mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia. Mereka (pemain Malaysia) beraksi dengan corak permainan menarik. Saya terkejut. Skuad Malaysia sebuah pasukan yang baik. Mengamalkan corak permainan pantas.”

Andersen kemudiannya mendedahkan tentang kesukaran anak-anak buahnya untuk bermain dengan baik di padang di Bukit Jalil.

“Kami menghadapi masalah berkaitan dengan tempo permainan kami kerana para pemain tidak biasa bermain dengan padang seperti ini. Jadi kami menghadapi masalah. Tetapi kami berjaya untuk tidak melepaskan gol dalam permainan sebenar dan hanya dibolosi melalui dua ‘set piece’,”

Pengurus skuad Hong Kong itu kerap menyuarakan hal yang sama dengan beliau menganggap kualiti padang menjadi faktor kekalahan skuadnya dalam perlawanan tersebut.

Mampukah padang di Stadium Bukit Jalil bertahan sehingga selesai semua perlawanan?

Padang mungkin akan berada di tahap yang lebih teruk selepas ini memandangkan ia akan digunakan sebanyak dua kali dalam sehari.

Seperti semalam, sebelum skuad negara turun beraksi, padang sama terlebih dahulu telah digunakan untuk aksi perlawanan antara Bahrain bertemu Bangladesh.

Jelas sekali ia sebenarnya satu hal yang agak membimbangkan kerana keadaan padang akan semakin teruk kerana terlalu kerap digunakan.

 

Semoga saja padang masih mampu bertahan sehingga selesai semua baki perlawanan dan semoga saja pihak bertanggungjawab segera melakukan sesuatu supaya masalah sama tidak berulang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN