‘Sama Seperti Dakwaan TMJ’ – Jorn Andersen Persoal Kualiti Padang Di SNBJ

Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebelum ini secara terbuka pernah meluahkan kebimbangannya tentang kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

TMJ pada ketika itu mendedahkan yang kualiti padang di Bukit Jalil tidak berada di tahap terbaik dan ia sebenarnya menyukarkan pemain untuk bermain bola sepak moden yang sebenar.

Hal itu dipandang remeh dan ramai yang seolah tak percaya kualiti rumput boleh menjejaskan aksi para pemain di atas padang.

Malam kemarin, selepas tamat aksi kekalahan 2-0 Hong Kong bertemu Malaysia, pengurus pasukan pelawat, Jorn Andersen tampil menyuarakan hal sama ketika bercakap dalam sesi sidang media.

Pengurus skuad kebangsaan Hong Kong itu pada awalnya memuji persembahan skuad Harimau Malaya yang beliau rasakan sudah menunjukkan peningkatan yang mendadak.

Kualiti padang jadi faktor kekalahan Hong Kong bertemu Malaysia

“Pertama sekali saya terkejut dengan aksi Malaysia malam ini, sebelum ini ketika saya mengendalikan skuad Korea Utara, pernah menewaskan Harimau Malaya dengan mudah 4-1 dalam dua pertemuan antarabangsa.

“Tetapi hari ini, saya tewas kepada mereka. Ini bukan pasukan yang saya sangkakan mudah boleh dijinak seperti dahulu,mereka sudah banyak berubah khususnya beraksi dengan mempamerkan permainan bertahap tinggi dan penuh berintensiti serta secara taktikal juga menunjukkan banyak peningkatan.”

Ujar Jorn Andersen, menurut Makan Bola.

“Sejak awal sehingga akhir perlawanan itu mereka menyerang habis-habisan dan tidak membuka ruang untuk kami memegang bola lama,”

“Saya harus mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia. Mereka (pemain Malaysia) beraksi dengan corak permainan menarik. Saya terkejut. Skuad Malaysia sebuah pasukan yang baik. Mengamalkan corak permainan pantas.”

Andersen kemudiannya mendedahkan tentang kesukaran anak-anak buahnya untuk bermain dengan baik di padang di Bukit Jalil.

“Kami menghadapi masalah berkaitan dengan tempo permainan kami kerana para pemain tidak biasa bermain dengan padang seperti ini. Jadi kami menghadapi masalah. Tetapi kami berjaya untuk tidak melepaskan gol dalam permainan sebenar dan hanya dibolosi melalui dua ‘set piece’,”

Pengurus skuad Hong Kong itu kerap menyuarakan hal yang sama dengan beliau menganggap kualiti padang menjadi faktor kekalahan skuadnya dalam perlawanan tersebut.

Komen TMJ tentang kualiti padang SNBJ

“Pandangan saya kita perlu ada padang yang baru, yang lebih berkualiti. Kerana jikalau pada masa akan datang pun kalau kita nak anjurkan apa-apa match ke atau pun event boleh dikatakan agak memalukan juga lah dengan keadaan yang ada.”

“Kalau kita tengok negara-negara jiran kita semua pun dah tukar kepada rumput yang lebih berkualiti, dan rumput ini sebenarnya adalah long term investment for our stadium, dan salah satu stadium punya reputasi.”

Sambung TMJ lagi,

“Kalau tak sekarang bila lagi? Tak kan sampai bila-bila? Kita perlu adakan perubahan yang drastik, lagi-lagi ini adalah national stadium.”

“Saya telah bersuara berkenaan dengan padang dah lima tahun, jadi saya pun berharap agar pasukan-pasukan lain pun, kelab-kelab pun ambil lah inisiatif untuk tukar padang, kerana kita satu-satunya negara di south east Asia yang belum evolve lagi dalam football, jadi saya kalau boleh nak semua pasukan evolve.”

“Benda tu akan memainkan peranan dari segi permainan bola sepak kita, yang lebih effective in the modern day punya football, in term of strategi dari segi taktikal, jadi oleh kerana itu, kita start from here lah.”

Di bawah merupakan video penuh penjelasan TMJ tentang kepentingan kualiti padang terhadap corak permainan bola sepak modern.

Mampukah padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bertahan untuk aksi kelayakan Piala Asia

Skuad Kendalian Kim Pan-gon itu akan turun beraksi bertemu Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) untuk aksi di pusingan kelayakan Piala Asia.

Kesemua perlawanan itu akan dilangsungkan di Bukit Jalil dan hal itu sebenarnya sedikit membimbangkan.

Mampukah padang bertahan pada hari berkenaan nanti kerana ia akan digunakan dua kali sehari untuk menganjurkan perlawanan-perlawanan tersebut.

Adakah ia akan memberi kesan yang buruk kepada persembahan pemain dan lebih membimbangkan lagi adakah ia berpotensi untuk menyebabkan pemain tercedera?

TMJ dah lama pesan, tapi perbadanan stadium yang lalai dan endah tak endah dengan cadangan tersebut.

Apa perancangan pihak perbadanan stadium untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar pada hari berkenaan?

Semuanya hanya mampu menjadi persoalan sahaja pada ketika ini dan diharapkan segalanya berjalan dengan lancar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN