Tawaran ‘Gila’ Man United Untuk Sambar Darwin Nunez Dari Benfica

Manchester United dilaporkan telah menyediakan tawaran yang sungguh dasyat kepada Benfica, dalam usaha mereka mahu mendapatkan Darwin Nunez.

Pemain kebangsaan Uruguay itu tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.

Beliau berjaya menjaringkan 34 gol dari 41 penampilan dalam semua pertandingan bersama Benfica, termasuklah ketika bertemu Liverpool di peringkat suku akhir saingan Champions League.

Aksi hebat yang dipersembahkan oleh pemain berusia 22 tahun itu secara tak langsung telah menyebabkan beliau menjadi pemain paling dikehendaki pada ketika ini.

Beliau merupakan pemain yang sangat versatile, pantas dan turut mempunyai kualiti penyudah yang sungguh luar biasa mengagumkan.

Kebanyakan kelab gergasi di benua Eropah pada ketika ini sedang memantau perkembangan beliau dan menunggu kesempatan untuk mendapatkan tandatangan pemain penyerang itu.

Darwin Nunez masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun bersama Benfica, dan jelas sekali gergasi Portugal itu tidak mungkin akan melepaskan beliau dengan nilai yang rendah pada musim panas ini.

Menurut sumber laporan dari media Portugal, Correio de Manha, Manchester United telah menawarkan kepada Benfica dengan tawaran bernilai €100 juta untuk mendapatkan Nunez.

https://twitter.com/BlaizeBenzo_/status/1532666138269831169?t=CSIuDgv5Nbv_WsYrhCwvWg&s=19

Laporan sama mendakwa yang The Red Devils telah menawarkan dana pendahuluan bernilai €75 juta berserta bonus bernilai €20 jura.

United juga dilaporkan turut menawarkan salah seorang pemain mereka, Andreas Pereira kepada Benfica andai gergasi Portugal itu mahu melepaskan Nunez ke Old Trafford.

Pereira yang dianggarkan bernilai €10 juta sebelum ini telah menghabiskan masa selama dua musim sebagai pemain pinjaman bersama Lazio dan Flamengo.

Kontrak asal beliau bersama Manchester United akan tamat tahun hadapan dan kerana itulah skuad kendalian Erik Ten Hag itu sanggup menawarkan beliau kepada Benfica.

Manchester United terdesak mahu dapatkan pemain penyerang

Manchester United pada musim ini tidak dinafikan lagi sememangnya sedang melalui musim terburuk mereka dalam sejarah saingan Premier League.

Skuad The Red Devils itu gagal untuk melayakan diri ke pentas saingan Champions League musim hadapan dan mereka turut mengakhiri kempen Premier League musim ini dengan kutipan mata paling rendah dalam sejarah.

Pengurus baru United, Erik Ten Hag dilaporkan akan melakukan rombakan besar-besaran dalam skuadnya pada jendela perpindahan musim panas ini.

Manchester United dilaporkan akan kehilangan beberapa pemain utama mereka pada musim panas ini dengan Paul Pogba, Juan Mata dan Jesse Lingard antara yang sudah sah akan tinggalkan Old Trafford bulan hadapan.

Walau rata-rata penyokong meminta agar United menandatangani pemain di posisi pertahanan dan defensive midfielder, namun harus diakui yang jentera serangan mereka juga sebenarnya bermasalah.

Manchester United sepanjang musim ini hanya mampu menjaringkan 57 gol sahaja dan ia jelas sekali bukan statistik yang boleh dibanggakan.

Dengan usia Cristiano Ronaldo yang semakin meningkat, ditambah pula dengan pemergian Edinson Cavani serta kemerosotan prestasi Marcus Rashford, United jelas sekali memerlukan seorang pemain penyerang berkualiti.

Nunez jelas sekali dianggap sebagai calon terbaik untuk ditandatangani namun United harus segera bertindak kerana banyak lagi kelab lain yang turut mahu mencuba nasib.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN