Dua Negara Nusantara Jadi Kebanggaan Asia Tenggara

Malaysia Indonesia Piala Asia

Malaysia membuka kempen pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 dengan langkah kanan selepas berjaya mengatasi Turkmenistan 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Rabu.

Tiga gol yang disumbang oleh Safawi Rasid, Faisal Halim dan La’Vere Corbin-Ong pada separuh masa pertama itu sudah cukup untuk memastikan skuad Harimau Malaya mengutip tiga mata penuh di hadapan 21,591 orang penyokong di halaman sendiri.

Namun negara jiran kita Indonesia mungkin ada kejayaan yang lebih manis untuk diraikan. Kkuad Garuda berjaya menewaskan pasukan dari Asia Barat, Kuwait di gelanggang lawan.

Beraksi di Stadium Antarabangsa Jaber Al-Ahmad, Kuwait City yang suhunya mencecah 40 darjah selsius, Skuad kendalian Shin Tae-yong itu terpaksa bekerja keras untuk menghadapi tentangan pasukan tuan rumah.

Meskipun cekal bertahan menghadapi barisan serangan Kuwait yang beberapa kali mengancam gawang mereka di awal permainan, namun Indonsa akhirnya dibolosi pada minit ke-41 hasil jaringan Yousef Nasser.

Pantang menyerah dan berbekalkan semangat pahlawan, skuad Garuda bangkit dengan gol penyamaan hanya tiga minit kemudian menerusi jaringan penalti Marc Klok.

Memasuki babak kedua, Indonesia enggan lagi menoleh ke belakang dan mendapat gol kemenangan hasil rembatan padu Rachmat Irianto yang menoktahkan kemenangan 2-1 ke atas lawan yang berada di rangking yang jauh lebih baik.

Ia merupakan kejayaan bersejarah yang pastinya tidak diduga oleh penyokong Indonesia sendiri. Ia membuktikan kekuatan mental para pemain yang mampu bangkit mengubah keputusan sekalipun terlebih dahulu ketinggalan.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Shin Tae-yong menzahirkan pujian kepada anak buahnya yang mampu mengatasi setiap cabaran termasuk faktor cuaca.

“Cuaca hari ini lebih panas dibandingkan ketika saya pertama kali datang ke stadium,” ujar jurulatih warga Republik Korea berusia 51 tahun itu.

“Di dalam stadium jauh lebih panas dibandingkan dengan [suhu] di luar, karena tidak ada angin. Situasi itu membuat kedua tim kesulitan bertanding,” komennya mengenai binaan stadium yang berbentuk kubah.

Bagaimanapun Shin Tae-yong tidak mahu pemainnya terus dibuai dengan kejayaan tersebut dan memberikan fokus untuk dua baki perlawanan menentang Jordan dan Nepal.

“Saya ingin berterima kasih kepada pemain yang memberikan 100 persen hingga akhir laga. Kami masih memiliki dua laga terakhir melawan Yordania dan Nepal, dan kami harus melanjutkan permainan terbaik untuk dua laga tersebut,” tambahnya.

Dalam aksi lain yang melibatkan negara dari rantau ini, satu lagi negara jiran Thailand turut meraih kemenangan selepas menumpaskan Maldives 3-0, sementra Filipina pula sekadar seri tanpa jaringan berdepan Yaman.

Singapura tewas 2-1 kepada Kyrgyztan dan Kemboja juga mengalami kekalahan 2-0 menentang India.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN