Harry Kane Dah ‘Gian’ Nak Kembali Beraksi

Harry Kane

Penyerang Tottenham Hotspur, Harru Kane kini di landasan tepat untuk kembali beraksi apabila pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring apabila Liga Perdana Inggeris disambung semula selepas ini.

Kapten England itu menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaannya yang berlaku ketika perlawanan menentang Southampton pada awal tahun ini dan beliau dijangka akan kembali menjalani latihan pada April.

“Melihat daripada proses rehabilitasi dan pandangan saya sendiri, pemulihan saya berjalan dengan baik,” kata Kane dalam laman web rasmi Spurs.

“Saya berada pada fasa yang baik sekarang dan bekerja keras melakukan banyak aktiviti untuk segera pulih. Banyak kaedah rehabilitasi dan saya tidak sabar untuk kembali beraksi menamatkan baki saingan musim ini.

“Mungkin tidak lama sahaja lagi, saya harap dalam kembali menjalani latihan bersama pasukan dalam dua atau tiga minggu akan datang. Sekarang saya perlu kembalikan tahap kecergasan.”

Kane telah menjaringkan 17 gol untuk Tottenham pada musim ini sebelum mendapat kecederaan tersebut dan kini pasukan dari utara London itu berada pada tangga kelapan dan bergelut menamatkan saingan di kedudukan empat pasukan teratas bagi mengejar slot ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Mereka kini empat mata di belakang pasukan di tangga kelima, Manchester United yang sepatutnya menjadi lawan seterusnya sebelum perjalanan liga tertangguh dengan hanya tinggal baki sembilan perlawanan untuk ditamatkan.

Setakat ini disahkan tiada perlawanan akan berlangsung sehingga 30 April dan semua kelab dijangka akan membuat pertemuan pada minggu depan untuk membincangkan langkah seterusnya.

“Situasi ini agak janggal sebenarnya, tiada sesiapa yang pernah berada pada kadaaan seperti ini. Tapi kita perlu melihatnya dari sudut positif dan buat apa yang sepatutnya dilakukan,” kata pemain 26 tahun itu lagi.

“Setakat ini, saya dan keluarga semua dalam keadaan baik. Saya akan terus berusaha keras, berlatih di gimnasium, kekalkan tahap kecergasan di rumah dan buat apa sahaja yang diperlukan.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Harry Kane:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN