Quantcast

BERITA

Harry Kane Laung Keyakinan Tottenham Hostpur Boleh Julang EPL Musim Ini

Kapten Totenham Hotspur dan England, Harry Kane yakin pasukannya ada segala ramuan yang diperlukan untuk menjuarai EPL kali ini.

Spurs berjaya membawa masuk pemain seperti Tanguy Ndombele, Giovani Lo Celso dan Ryan Sesegnon. Kane masih lagi membuktikan bahawa pasukannya masih ada penggempur yang boleh harap, walaupun kelab gagal mendapatkan pemain seperti Coutinho dan Dybala.

Kane menyuarakan keyakinan itu selepas menang 3-1 ke atas Aston Villa dalam perlawanan pembukaan EPL.

Spurs musim lalu menamatkan saingan di tangga ke-3. Pencapaian terbaik Spurs di bawah kendalian Pochettino adalah pada 2016/17, menjadi naib juara dan menamatkan saingan di tangga ke-3 sebanyak 2 kali antara 2016-2018.

Harry Kane percaya Spurs akan menjadi pesaing utama kepada Manchester City dan Liverpool pada musim ini. Kane mengakui City dan Liverpool telah menetapkan penanda aras lebih tinggi kepada mana-mana pasukan untuk menyaingi mereka.

Jadi untuk menjuarai EPL musim ini, Kane mahu para pemain Spurs kekal fokus dan memberikan komitmen terbaik sepanjang musim ini.

“Kami berjaya kekal dalam persaingan dengan mereka pada musim lalu, namun kami ‘rosakkannya’ pada Januari. Musim ini kami harus memastikan permulaan yang baik.”

“Manchester City dan Liverpool menetapkan standard dalam perlawanan awal mereka. Kami harus memastikan diri untuk terus menjejak mereka sampai ke akhir musim.”

“Kami ada keyakinan yang tinggi untuk membantu kami terus mara dalam kempen yang masih panjang ini.”

“Inilah sebabnya kami membeli pemain baru untuk menguatkan lagi skuad ini bagi menghadapi banyak kompetisi musim ini.”

“Para pemain baharu turut memberikan impak. Penting untuk kami melalui musim ini dengan baik. Saya tahu, kempen ini masih awal. Namun sangat penting untuk memulakannya dengan sebaik mungkin. Apabila masuk musim sejuk, perlawanan akan lebih banyak dan kesemua pemain perlu menyumbang kepada pasukan.”

“Saya gembira apabila para penyokong menuntut para pemain untuk memberikan komitmen. Dari pihak kami – para pemain – kami ada pasukan yang kuat dan kami akan gunakannya sepanjang musim ini.”