Kehadiran Mark Hartmann Mungkin Bakal Perbaiki Jentera Serangan UiTM FC

Mark-Hartmann-PJ-City-Pahang-Liga-Super-

Selain Faizat Ghazli yang menyertai Kedah pada hari terakhir jendela perpindahan Liga Malaysia, satu lagi transaksi perpindahan yang berlaku adalah penyertaan pemain baharu PJ City FC, Mark Hartmann yang dipinjamkan ke UiTM FC.

Ia berikutan, PJ City telah menandatangani pemain baharu dari Thailand, Anawin Jujeen. Bekas pemain skuad kebangsaan Thailand dan kelab Thai League 1, PTT Rayong itu merupakan pemain sayap dan boleh beraksi di bek sayap kanan.

PTT Rayong telah dibubarkan pada penghujung musim lalu dikatakan akibat kekurangan tenaga kerja untuk operasi sebuah kelab bola sepak, selain kekurangan penyokong biarpun baharu sahaja menjuarai Thai League 2 musim 2018.

Kehadiran pemain berusia 33 tahun itu telah menyebabkan pemain utama skuad kebangsaan Filipina, Mark Hartmann akhirnya dipinjamkan kepada UiTM FC yang sebelum ini dilihat hanya mendaftarkan empat pemain import sahaja.

Penyerang berusia 28 tahun itu baharu sahaja menyertai PJ City dan telah beraksi dalam tiga perlawanan sebelum berpindah ke UiTM FC yang juga bersaing di Liga Super – baru meraih promosi daripada saingan Liga Premier 2019.

Mark Hartmann memiliki pengalaman beraksi bersama dua pasukan di Liga Malaysia iaitu pernah menyarung jersi Sarawak dan Pulau Pinang pada musim 2017, sebelum berhijrah ke Thailand dan kembali semula ke Filipina bersama Ceres–Negros FC.

Dengan pengalaman luas beraksi mewakili negaranya dan pernah beraksi di Malaysia, selain beraksi di Filipina, Singapura dan Thailand, UiTM FC pasti akan mendapat banyak manfaat daripada perpindahan secara pinjaman ini kali ini.

Ketika ini pengendali UiTM FC, Frank Bernhardt sering mempertaruhkan penyerang import dari Brazil, Gustavo Almeida sebagai penggempur utama The Lion dengan dibantu oleh pemain sayap menyerang dari Lubnan, Rabih Ataya.

Khidmat pemain-pemain muda yang merupakan pemain tempatan seperti Arif Anwar dan Ariff Ar-Rasyid juga kerap digunakan, namun dari segi pengalaman, mungkin Mark Hartmann mampu mengurangkan beban kepada Gustavo Almeida.

Kemasukkan Mark Hartmann dilihat sesuatu yang mungkin berbaloi buat UiTM FC selepas dalam beberapa aksi seperti ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah, kekurangan jelas hanya di jentera serangan mereka.

KREDIT FEATURED IMAGE: PJ CITY FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN