Harry Kane Direhatkan Sehingga April

Mourinho

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane dilaporkan akan menjalani pembedahan pada otot pehanya berikutan kecederaan hamstring yang dialaminya ketika ini. Beliau dijangka akan diketepikan sehingga April tahun ini.

Kane yang telah pun menjaringkan 27 gol untuk Spurs dan England pada musim ini mendapat kecederaan tersebut ketika kekalahan 1-0 Tottenham kepada Southampton pada hari tahun baru tempoh haru.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan staf perubatan kami sejak minggu lepas, kami boleh sahkan Harry Kane akan menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaan tendon pada paha kirinya,” ujar Spurs dalam kenyataan rasminya.

Kane akan terlepas perlawanan penting dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah berdepan RB Leipzig dan perlawanan pemanas badan England untuk persiapan Euro 2020 berdepan Itali dan Denmark.

Selain itu beliau turut akan terlepas beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Liverpool, Manchester City, Chelsea dan Manchester United.

Beliau dijangka akan mula menjalani latihan pada April, dua bulan sebelum pusingan akhir Euro 2020 bermula.

Tanpa Kane, sudah tentu ianya satu cabaran buat pengendali Spurs, Jose Mourinho untuk mengejar kedudukan empat pasukan terbaik dan kini pasukan tersebut berada enam mata dari pasukan di tangga keempat, Chelsea.

Kemungkinan besar Son Heung-min akan menggalas tanggungjawab selaku penyerang utama sepanjang ketiadaan Kane dan penyerang remaja, Troy Parrott juga akan mendapat lebih banyak peluang untuk bermain.

Ada juga kemungkinan Mourinho akan mendapatkan penyerang baharu pada musim perpindahan Januari ini sama ada pembelian tetap mahu pun secara pinjaman.

Leave a Reply