Hamidin: “Brazil Nak Lawan Tetapi Saya Taknak”

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui mereka pernah menolak pelawaan serta permintaan daripada dua gergasi bola sepak dunia iaitu Brazil serta Argentina pada tahun lalu.

Pastinya itu sesuatu mengejutkan, kerana Malaysia sebenarnya turut berpeluang untuk menentang pasukan hebat yang beraksi di dunia serta bertemu bintang-bintang handalan ketika hari perlawanan sekiranya ia berlaku.

Malaysia yang tampil begitu menyerlah di pentas antarabangsa bawah kendalian Kim Pan-gon pada tahun lalu pastinya menarik minat ramai pemerhati bola sepak seluruh dunia untuk melihat aksi mereka dengan lebih jauh.

Apa tidaknya bawah kendalian Kim, Malaysia berjaya melayakkan diri secara merit ke saingan Piala Asia selepas penantian selama 42 tahun selain mengejutkan beberapa negara lebih hebat di pentas antarabangsa.

Pastinya aksi Malaysia ketika itu menarik minat beberapa gergasi antarabangsa termasuk Brazil serta Argentina yang berminat untuk menguji kekuatan Harimau Malaya.

Walaupun begitu, Hamidin menjelaskan belum tiba masanya lagi untuk Malaysia berdepan jaguh bola sepak dunia kerana skuad kebangsaan dalam tempoh untuk mempersiapkan diri bagi saingan Piala Asia.

Selain itu, Hamidin juga menganggap keputusan untuk Malaysia menentang pasukan hebat dunia ketika ini tidak realistik selain hanya mencari populariti.

“Brazil nak lawan (ketika Majlis Fifa) tetapi saya taknak kerana ini bukan masanya. Saya boleh buat kalau setakat nak tunjukkan (perlawanan pertunjukan) tetapi bukan masanya dan Pan Gon tak mahu.

“Kalau setakat main untuk populariti, mungkin mereka boleh dapatkan pasukan lain,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Hamidin juga menyatakan Argentina turut menjemput skuad kebangsaan untuk mengadakan satu aksi persahabatan sebelum ianya turut ditolak kerana Kim Pan-gon tidak mahu.

“Saya ada hubungan yang baik dengan Argentina juga dan mereka ada menjemput kita tetapi Pan Gon tak mahu. Kalau nak adakan persahabatan, kena pasukan yang realiti,” katanya lagi.

Ketika ini, Malaysia bakal mengadakan aksi persahabatan bersama lawan yang dianggap lebih sesuai dengan corak permainan mereka iaitu Kepulauan Solomon serta Papua New Guinea.

Berbanding Indonesia, Sang Garuda secara rasminya sudah pun mengumumkan mereka bakal menentang Argentina dan Palestin untuk aksi persahabatan mengikut kalendar rasmi dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN