Liga Super: Ketajaman Willian Lira Sedia Hampakan Sabah Di Alor Setar

Kelibat penyerang import Kedah Darul Aman (Kedah), Willian Lira dilihat sedia untuk beraksi pada perlawanan malam ini untuk aksi Liga Super 2023 menentang Sabah menerusi ketajaman beliau di posisi serangan.

Lira yang ditandatangani Kedah musim ini pada awalnya gagal untuk menemui rentak terbaik beliau di atas padang bersama Sang Kenari setelah tumpul untuk mendapatkan gol buat pasukan.

Namun ketika ini, pemain tersebut sudah pun tampil dengan prestasi yang menggagumkan, menerusi kelincahan serta ketajamannya diakui dalam beberapa perlawanan terakhir dihadapi Kedah.

Daripada 12 perlawanan dihadapi Lira setakat ini bersama Sang Kenari, Lira telah pun meledak tujuh gol untuk unggul menjadi penjaring terbanyak buat Kedah selain turut mencipta dua bantuan jaringan.

Walaupun menghadapi persaingan sengit daripada rakan sepasukan iaitu Jonathan Balotelli, pemain ini jelas mempunyai mentaliti cukup kuat untuk kembali menjadi pemain harapan buat para penyokong.

Salah satu jaringan terbaik Lira pastinya terarah ketika pertemuan lalu menentang Selangor, dengan penyerang Brazil tersebut tenang mengkucar kacirkan pertahanan lawan sebelum mendapatkan gol.

Dengan kelebihan fizikal dimiliki Lira, pemain ini sememangnya tidak mempunyai masalah besar untuk mengatasi lawan, selain pakar dalam mendapatkan gol menerusi tandukan beliau.

Menerusi prestasi semasa dipamerkan Lira, ianya pasti melegakan pengendali Kedah iaitu Nafuzi Zain untuk aksi malam ini menentang Sabah di Stadium Darul Aman (SDA), Alor Setar.

Nafuzi sebelum ini menjadi mangsa kritikan segelintir penyokong Kedah yang kurang berpuas hati selepas beliau membawa turun khidmat Lira dalam kesebelasan utama.

Namun berkat kepercayaan Nafuzi nyata kini berbaloi, selepas Lira mula mempamerkan belang beliau selaku penyerang pilihan utama buat Kedah menerusi kualiti permainan diberi.

Untuk aksi seterusnya, kredibiliti Lira sekali lagi bakal diuji selepas Kedah bakal menghadapi cabaran Sabah dalam misi untuk terus memperbaiki kedudukan carta liga.

Sabah yang mempunyai barisan pemain serba baik di segenap posisi dilihat bakal memberi cabaran besar buat Sang Kenari dalam misi untuk kembali mendapatkan tiga mata penuh.

Apapun, Sang Kenari mempunyai kelebihan malam ini selepas dijangka ramai penyokong mereka akan membanjiri stadium untuk memberi sorakan padu buat pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN