Habib Haroon Idam 3 Mata Bertemu Stallion Laguna

Pemain tengah berpengaruh Terengganu iaitu Habib Haroon menjadi antara paling bersemangat kini untuk perlawanan seterusnya membabitkan pasukan tersebut menentang Stallion Laguna.

Terengganu bakal menghadapi aksi ketiga bagi saingan Piala AFC peringkat Kumpulan G hari ini selepas mencatat keputusan positif dalam dua perlawanan lalu untuk tidak merekodkan sebarang kekalahan.

Menjadi antara nadi penting buat Terengganu musim ini, kelibat Habib sentiasa menjadi perhatian pasukan lawan kerana kebolehan beliau untuk mengawal tempo permainan serta bijak membuat hantaran berbahaya kepada rakan serangan.

Jika dilihat pada momentum semasa, Terengganu mempunyai kelebihan tersendiri dengan aksi hari ini bakal berlangsung di kubu kuat mereka iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Walaupun begitu, Habib berkemungkinan tidak akan beraksi pada perlawanan penting ini kerana kecederaan dialami sebelum itu dilaporkan belum pulih sepenuhnya buat pemain tersebut.

Tampil selaku tonggak utama buat Terengganu, sudah tentu pemain dari Bahrain itu memasang tekad untuk membantu pasukan diwakilinya merekodkan keputusan positif, kerana prestasi semasa kelab itu berada pada tahap terbaik.

Apapun, Habib kini hanya boleh menyerahkan segalanya kepada staf perubatan jika beliau dibenarkan untuk beraksi atau hanya berada dari tepi padang melihat rakan sepasukannya berjuang mendapatkan tiga mata penting.

Untuk rekod, Habib mengalami kecederaan di pangkal peha ketika berdepan Kuala Lumpur City (KL City) pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia beberapa hari lalu.

Ketiadaan pemain tengah berpengaruh itu pastinya akan memberi kesan tersendiri buat Tomislav Steinbruckner untuk menyusun atur strategi lebih ampuh bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Habib jika beliau tidak dapat beraksi hari ini.

Terengganu juga dilaporkan turut tidak dapat menggunakan khidmat pertahanan muda berbakat besar mereka iaitu Safwan Mazlan yang dibelenggu kecederaan pada bahagian harmstring.

“Persediaan pasukan berjalan seperti biasa kerana setiap perlawanan adalah penting, jadi saya harap kami akan dapat kekuatan untuk meneruskan kecemerlangan dan seterusnya mendapat tiga mata.

“Saya juga harap kecederaan yang saya alami cepat sembuh, jika dapat bermain sudah pasti saya akan memberikan yang terbaik dalam misi wajib menang itu.

“Namun terpulang kepada pihak perubatan dan jurulatih sama ada mahu menyenaraikan saya atau sebaliknya,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Habib juga mengakui beliau enggan memikirkan prestasi pasukan lawan kini yang dianggap tidak konsisten sejak beberapa perlawanan lalu serta ingin memberikan fokus sepenuhnya buat Sang Penyu.

“Saya tidak fikir berkaitan pasukan lawan, cuma fokus saya adalah kepada pasukan kami,” katanya akhir sekali mengenai perkara tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN