Ketajaman Darren Lok Ditagih Untuk Benam Cabaran Hai Phong

Penyerang berbisa Sabah iaitu Darren Lok menjadi antara pemain yang bakal mencuri tumpuan untuk perlawanan hari ini membabitkan pasukan tersebut menentang wakil dari Vietnam, Hai Phong.

Sabah bakal meneruskan aksi ketiga bagi saingan Piala AFC hari ini bagi peringkat Kumpulan H dengan motivasi cukup tinggi, selepas pasukan tersebut gah mencatat dua kemenangan berturut-turut.

Buat julung kali menyertai saingan AFC, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tampil dengan begitu cemerlang setelah merekodkan dua kemenangan bersama lapan jaringan dihasilkan selain hanya dibolosi satu gol sahaja.

Hougang dan PSM Makassar sebelum itu sudah pun menjadi mangsa The Rhinos, dan sudah tentu pasukan tersebut ingin terus menoktahkan kemenangan seterusnya pula berdepan wakil dari Vietnam itu.

Menerusi prestasi semasa lawan pula, Hai Phong ketika ini hanya meraih satu kemenangan dan sekali kekalahan untuk mereka mengumpul tiga mata keseluruhan.

Menjelang aksi bakal berlangsung hari ini, beberapa pemain Sabah dilihat mampu untuk menjulang pasukan tersebut meraih kemenangan ketiga walaupun aksi bakal berlangsung di gelanggang lawan iaitu Stadium Lach Tray.

Salah seorang pemain tumpuan tersebut terarah kepada Darren yang ketika ini sudah pun mempamerkan bisanya tersendiri selaku penyerang utama Sabah.

Daripada dua perlawanan AFC diharungi Darren, pemain tersebut sudah pun meledak empat gol secara keseluruhan dan sudah tentu momentum tersebut ingin dikekalkan.

Apa yang menarik tentang Darren bukan sahaja mengenai kualiti penyudah dimiliki beliau, sebaliknya penyerang itu juga bijak mencipta kombinasi permainan bersama rakan sepasukan lain seperti Ramon Machado serta Saddil Ramdani.

Kelebihan Darren juga terarah kepada kekuatan fizikalnya untuk mengatasi pertahanan lawan, serta beliau sentiasa berada di kedudukan sangat tepat untuk menerima umpanan daripada rakan sepasukan.

Saddil Ramdani

Pemain import dari Indonesia ini menjadi pemain paling mencuri tumpuan ketika aksi Sabah berdepan PSM Makassar lalu, selepas impak diberikannya begitu besar untuk jentera serangan The Rhinos.

Daripada lima gol dihasilkan Sabah ketika mengatasi PSM Makassar, pemain serangan ini mencipta tiga bantuan jaringan daripadanya serta memberi masalah cukuo besar buat pertahanan lawan.

Selain bijak membuat umpanan berbahaya kepada rakan serangan, rata-rata mengetahui Saddil merupakan pemain yang sangat lincah menggerakan bola serta memiliki kualiti melepaskan rembatan jarak jauh.

Stuart Wilkin

Pemain kebangsaan ini boleh dianggap sedang berada dalam prestasi cukup baik musim ini bersama Sabah menerusi peningkatan beliau daripada kualiti permainan.

Beraksi di posisi tengah, Wilkin bijak mengawal tempo permainan dengan sangat baik serta memiliki keupayaan cukup tinggi untuk mengekalkan penguasaan bola daripada dirampas pihak lawan.

Selain itu, Wilkin juga mampu memberi sumbangan cukup tinggi di posisi serangan, serta berkebolehan membuat umpanan tepat ke dalam petak penalti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN