Ong Kim Swee Mahu Pemain Sabah Beri Fokus Penuh Berdepan Hai Phong

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee menjadi individu paling mencuri tumpuan ketika ini selepas beliau berjaya memastikan skuad kendaliannya meraih dua kemenangan berturut-turut dalam saingan AFC.

Berada dalam Kumpulan H, Sabah kini cemerlang menghuni tangga teratas untuk mengumpul enam mata keseluruhan bagi mengatasi tiga lagi lawan mereka iaitu Hai Phong, PSM Makassar, serta Hougang.

Walaupun ini menjadi detik pertama kali buat The Rhinos beraksi di pentas Asia, secara keseluruhannya pasukan tersebut menampilkan aksi dengan cukup menyakinkan dan mendapat pujian daripada para penyokong.

Untuk aksi seterusnya ini, Sabah bakal menghadapi satu lagi cabaran iaitu bertemu wakil dari Vietnam pula, Hai Phong pada hari ini di Stadium Lach Tray dalam misi mereka untuk terus mendapatkan kemenangan kali ketiga berturut-turut.

Mengulas tentang aksi ini, Ong memesan kepada para pemain supaya memberi fokus sepenuhnya untuk berdepan pasukan tuan rumah yang akan mendapat sorakan penuh daripada penyokong mereka.

Menurut pengendali itu, tempoh rehat yang panjang selepas aksi terakhir mereka berdepan PSM Makassar lalu memberi ruang buat para pemain Sabah untuk pulih daripada kecederaan serta mendapat rehat secukupnya.

“Kami buat persediaan sebaiknya dan semua sedar aksi terakhir kami menentang PSM Makassar di Bali, jadi ada sedikit tempoh jarak waktu dan ia beri sedikit kelebihan buat pasukan untuk kembali cergas.

“Sudah tentu keadaan semasa pasukan sangat baik tetapi seperti kita tahu ia bukan aksi mudah menentang Haipong, biarpun mereka tewas dalam aksi terakhir mereka,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Jika dilihat pada prestasi semasa, Sabah berpeluang untuk meraih kemenangan seterusnya di gelanggang lawan selepas Hai Phong masih lagi segar dengan kekalahan lalu di tangan Hougang.

Tambahan pula Ong kini tampil dengan keyakinan perlawanan bakal berlangsung malam ini akan tampil dengan sangat rancak kerana faktor permukaan padang cukup berkualiti.

“Saya percaya dengan fasiliti dan padang yang terbaik, aksi malam esok akan menjadi menarik dan saya harap kedua-dua pasukan akan pamerkan permainan yang baik.

“Walaupun mereka ada kelebihan sebagai tuan rumah, tapi bagi saya kedua-dua pasukan ada peluang dan paling penting saya mahu pemain fokus dan beri sepenuh tenaga untuk memburu keputusan positif,” katanya lagi.

Antara pemain dijangka bakal menjadi pertaruhan utama Sabah pastinya terarah kepada rangkaian serangan berbisa mereka yang ditunjangi Ramon Machado, Darren Lok, serta Saddil Ramdani.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN