Ivan Mamut Miliki Peluang Buka Akaun Jaringan Sulung Di Pentas AFC

Penyerang berbisa Terengganu, Ivan Mamut menjadi antara pemain paling mencuri tumpuan untuk aksi hari ini membabitkan pasukan beliau menentang Stallion Laguna.

Terengganu akan memulakan aksi ketiga mereka pada hari ini bagi kejohanan AFC peringkat Kumpulan G di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dengan pertama kali menentang kelab yang mewakili Filipina itu.

Untuk rekod, Terengganu ketika ini masih belum mencatat sebarang kekalahan selepas merekodkan satu kemenangan dan sekali seri untuk mengumpul empat mata.

Jika dibandingkan Stallion Laguna, pasukan ini masih belum mencatat sebarang kemenanvan dan masih segar dengan kekalahan besar 1-9 di tangan Central Coast Mariners lalu.

Ini menjadi peluang terbaik sebenarnya untuk Terengganu cuba mengambil peluang bagi mengatasi pasukan tersebut bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam carta kumpulan.

Antara pemain yang menjadi tumpuan pada aksi hari ini terarah kepada Ivan Mamut yang memiliki peluang untuk meledak gol sulung beliau di pentas AFC.

Sehingga dua perlawanan berlangsung, Mamut masih lagi kempunan untuk mendapatkan gol sulung beliau dalam kejohanan ini dengan penyerang tersebut turut terlepas untuk beraksi ketika menentang Bali United kerana masalah kecederaan.

Musim ini, Mamut sudah pun merekodkan sejumlah jaringan yang sangat baik selaku pemain baharu yang buat pertama kali beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Selain itu, pemain dari Croatia itu juga sudah pun dua kali mencatat hatrik pada musim ini bersama Terengganu untuk membuktikan kepada penyokong mengenai kualiti dimilikinya.

Malah, beliau juga masih segar dengan kejayaan meledak salah satu gol ketika aksi lalu membabitkan Terengganu berdepan Kuala Lumpur City (KL City) dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Hadir dengan daya penyudah cukup tinggi dalam petak penalti, Mamut jarang mengecewakan rakan sepasukan lain untuk menyelesaikan segalanya dalam bentuk gol dan memberi keputusan positif buat Terengganu.

Beraksi di laman sendiri, sudah tentu ia juga akan memberi suntikan motivasi terbaik buat pemain tersebut untuk tampil lebih bersemangat pada perlawanan itu selaku penyerang utama pasukan.

Apatah lagi, prestasi semasa pasukan lawan juga berada dalam keadaan tidak konsisten dan ini mencerahkan lagi peluang buat Mamut untuk merekodkan gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN