‘Tutup Mulut Pembenci’ – Ozil Beri Semangat Kepada Onana & Maguire

Mesut Ozil tampil memberi kata-kata semangat kepada duo Manchester United, Harry Maguire dan Andre Onana selepas tamat aksi kemenangan 1-0 Red Devils menewaskan Copenhagen.

Kedua-dua bintang Man United itu menjadi wira kelab selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan tersebut.

Selepas mencatatkan dua kekalahan berturut-turut di tangan Bayern Munich dan Galatasaray sebelum ini, Man United akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam saingan Champions League musim ini.

Ketika United sekali lagi hampir berputih mata, Harry Maguire tampil menjadi wira selepas meledak gol pertama mereka pada minit ke-72 permainan.

Pemain pertahanan skuad kebangsaan England itu berjaya menyempurnakan hantaran cantik dari Christian Eriksen untuk membantu Man United mendahului perlawanan.

Maguire berjaya mengekalkan aksi persembahan mantap seperti yang beliau pamerkan ketika aksi bertemu Sheffield United kemarin.

Gol tersebut jelas sekali memberi kepuasan yang teramat sangat untuk Harry Maguire apa lagi selepas memikirkan bagaimana teruknya beliau dihentam sebelum ini.

Beliau merupakan antara pemain yang paling teruk dihentam oleh peminat dan walaupun beliau hanya bermain dua minit dalam satu perlawanan, Maguire akan tetap menjadi mangsa makian andai Man United tewas.

Pemain kebangsaan England yang kini berusia 30 tahun itu jelas sekali telah melalui detik kesukaran sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bahkan ramai yang turut mempersoalkan tentang masa hadapan beliau di Old Trafford kerana merasakan yang beliau sudah tiada tempat dalam skuad.

Maguire juga turut tidak menjadi pilihan utama Erik ten Hag sepanjang musim lalu dengan status beliau sebagai ketua pasukan juga turut sudah dilucutkan pada musim panas baru-baru ini.

Manchester United bahkan turut sempat bersetuju untuk menjual pemain pertahanan itu kepada West Ham United dengan yuran perpindahan bernilai £30 juta.

Manchester United bahkan turut sempat bersetuju untuk menjual pemain pertahanan itu kepada West Ham United dengan yuran perpindahan bernilai £30 juta.

Urusan perpindahan itu walau bagaimanapun tidak menjadi kenyataan selepas Maguire bertekad tidak mahu meninggalkan Old Trafford dan mahu berjuang merebut tempat.

Maguire sepertinya telah berjaya membuktikan yang beliau berhak untuk menjadi pemain utama dalam skuad Man United dan juga skuad kebangsaan England.

Bahkan jika dilihat kepada statistik terkini, beliau jauh berada di atas pemain lain untuk menjadi pemain terbaik dalam skuad pada ketika ini.

Selain Maguire, Onana juga merupakan antara pemain yang teruk dihentam oleh peminat sejak beberapa perlawanan terakhir ini.

Dek kerana aksi hambar yang beliau pamerkan dalam beberapa aksi terakhir bersama Man United, maka Onana sering dipersalahkan andai mereka tewas.

Beliau dalam perlawanan ini turut berjaya membuktikan kemampuan sebenarnya selepas menjadi wira Man United menewaskan Copenhagen.

Copenhagen berjaya memenangi sepakan penalti pada minit-minit akhir permainan selepas McTominay didapati melakukan kekasaran di dalam kotak penalti.

Ketika ramai berfikir yang Man United akan sekadar mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan ini, Onana muncul menjadi wira menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Jordan Larsson.

Onana telah ditandatangani oleh Manchester United dari finalis Champions League musim lalu, Inter Milan.

Beliau bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya di Old Trafford dengan Onana telah melakukan kesilapan dungu ketika aksi bertemu Bayern Munich dan Galatasaray sebelum ini.

Namun ketika aksi bertemu Copenhagen beliau berjaya menjadi wira dan membantu United mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam saingan Champions League musim ini.

“Saya hanya perlu lakukan kerja saya, kamu faham kan.”

Jelas Onana kepada TNT Sports selepas tamat perlawanan.

“Saya perlu lakukan untuk kami catatkan kemenangan, untuk menang bertemu pasukan yang sangat kuat, kami lalui perlawanan yang menakjubkan. Gol yang hebat dari lelaki hebat Harry dan saya sangat gembira, kami perlu ulang lagi seperti itu.”

“Sudah tentu. Kita Manchester United, kita ni kelab yang sangat besar dengan pemain bintang. Jadi, hanya masa menentukan, sekarang kita perlu teruskan seperti ini dan kita akan hadapi ini.”

Selepas tamat perlawanan tersebut, bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil telah tampil memberi kata-kata semangat kepada duo Man United itu.

Menulis di laman X, Ozil menulis:

“Harry Maguire & Andre Onana berhak untuk itu – Diamkan pembenci mereka.”

Ozil jelas sekali sangat faham apa yang dilalui oleh kedua-dua pemain itu dan kerana itulah beliau menegaskan yang kedua-dua Maguire dan Onana berhak untuk meraikan kejayaan mereka pada hari ini.

Manchester United akan kembali beraksi pada hujung minggu nanti bertemu musuh sebandar mereka, Manchester City di Old Trafford.

Mampukah Onana dan Maguire kekalkan tahap persembahan sama ketika aksi bertemu Man City nanti?

Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN